Header Ads

Cara Datuk Seri Vida Menepis Pengkritik Qu Puteh

Luahan Datuk Seri Vida Iklan Qu Puteh Diejek dan Dicaci | Masih ingatkan dengan malam Anugerah Juara Lagu (AJL) 29? Apa yang anda paling ingati pada malam berkenaan? Kehebatan anugerah tersebut? Kekuatan peserta akhir? Gimik kumpulan Mojo menampilkan Caliph Buskers? Atau QU-PUTEH?

Namun, di sini kita ingin tahu bagaimana Datuk Seri Vida menepis segala rasa tak puas hati dan tohmahan terhadap iklan produknya.

Cara Datuk Seri Vida Menepis Pengkritik Qu Puteh

Hmm… Rasanya ramai sudah tahu, selain daripada keputusan AJL29 yang mengejutkan dan persembahan Caliph Buskers yang menakjubkan sudah tentu yang banyak menjadi viral adalah mengenai Qu-Puteh. Apa taknya, iklan berkenaan sering sahaja terpapar ketika waktu rancangan berkenaan berlansung. Dah namanya PENAJA.

Bagaimanapun, setelah mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak termasuklah Chef Wan pengasas Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau dikenali juga Datuk Seri Vida akhirnya tampil memberi kenyataan.

Katanya dia tidak ambil pusing dengan tohmahan dan sindiran berkenaan. Beliau menyifatkan tohmahan yang diterima berikutan iklan tersebut sebagai satu provokasi untuk menjatuhkan perniagaannya.

“Saya tidak ambil pusing tohmahan dan sindiran orang ramai termasuk apa yang diperkatakan Chef Wan. Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini. Selepas anugerah itu berlangsung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tohmahan terutama di laman sosial termasuk Chef Wan yang menutup televisyen kerana iklan saya. Apa yang disampaikan dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya setiap 15 minit saja,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau menambah, apa yang berlaku adalah dugaan dan terselit hikmah kerana baginya rintangan dan cabaran adalah lumrah untk mencapai kejayaan. Katanya lagi, dia pernah berhadapan dengan dugaan yang lebih besar sebelum ini apabila beliau kehilangan dua orang anaknya dalam tragedi kebakaran pada Ogos 2013.

“Orang yang berjaya memberi motivasi, inspirasi, dan membantu antara satu sama lain ke arah kejayaan. Bagaimanapun, orang yang tidak berjaya, mereka benci, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu,” katanya.

No comments:

Powered by Blogger.