Header Ads

Anak Mukhriz Mahathir tumpu perhatian apabila mengatakan bapanya seorang Superman

“Bapa saya seorang Superman” – Ally Mukhriz | Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini sedang dilanda krisis politik terus mendapat sokongan padu ahli keluarganya, terutama anak beliau.

Aktif dalam laman sosial Instagram, anak perempuan Mukhriz, Ally Mukhriz sekali lagi memuat naik status dengan menulis bahawa dia menganggap bapanya itu seperti Superman yang menjadi hero kepada rakyat lapor FMT.

Anak Mukhriz Mahathir tumpu perhatian apabila mengatakan bapanya seorang Superman

“Bapa saya sentiasa menjadi Superman saya,” kata Ally, merujuk kepada kemelut yang dihadapi Mukhriz ketika ini.

Menariknya, muat naik status Ally itu mendapat sokongan yang banyak daripada pengikutnya di laman sosial miliknya itu.

Antara komen-komen yang diterima adalah seperti:

“Kirim salam kat daddy, asam garam politik memang kejam dan tidak adil kadang-kadang tu…tapi setiap apa yang berlaku ada hikmah,” kata issya_king.

“We will support your dad 110% with no doubt,” sokong ninirohayu.

“Stay strong… many people not just Kedahan who love him behind him,” kata shushuib.

Watak Superman sinonim sebagai sebuah watak yang membanteras aktiviti jenayah dan penjahat.

Ally sebelum ini turut melancarkan kempen dengan hashtag #SayaSokongMukhrizMahathir.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir Mohamed menganggap Mukhriz Mahathir sebagai mangsa politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Najib akan melakukan apa sahaja termasuk menyingkirkan individu yang membuat kritikan terhadap beliau.

No comments:

Powered by Blogger.