Header Ads

AES kini diterima baik pengguna jalan raya Malaysia

Dulu cetus kontroversi, kini pengguna jalan raya setuju dengan AES | Jika sebelum ini pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mencetuskan kontroversi, namun beberapa pengguna jalan raya mula mengakui bahawa kamera perangkap had laju itu adalah satu perkara yang baik.

Jason Kumar dari Johor Baru berkata, kamera AES perlu dipasang di sepanjang Laluan Kedua.

Pengurus jualan berusia 35 tahun itu mendapati ramai pemilik kenderaan dari Singapura bertindak mematuhi undang-undang sehinggalah mereka masuk ke Johor lapor Mstar.

AES kini diterima baik pengguna jalan raya Malaysia

“Kemudian mereka meningkatkan had laju hingga mengakibatkan kemalangan,” katanya.

Gan Pei Ling, 29, yang baru-baru ini menyaksikan satu kemalangan membabitkan enam kereta di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Tapah, Perak berkata kamera AES dapat membantu mengelakkan kemalangan.

“Kalau ada kamera, mereka yang terlibat akan perlahan,” kata pegawai komunikasi itu.

AES mula diperkenalkan pada 2011 dalam usaha untuk mengurangkan kemalangan maut tetapi telah mendapat tentangan ramai kerana ia kemudiannya dikendalikan oleh dua syarikat swasta.

Pada Disember 2013 Dewan Rakyat membawa usul bagi membolehkan kerajaan mengambil alih sistem itu.

Jumaat lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan mahu cadangan awam mengenai lokasi yang sesuai untuk pemasangan kamera AES.

Pada masa ini terdapat 10 kamera statik dan empat kamera bergerak AES beroperasi di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara T. Sekaran, 64, berkata kamera AES perlu dipasang berhampiran sekolah dan hospital.

“Saya menyokong apa-apa langkah yang boleh menjadikan jalan raya kita lebih selamat bagi pemilik kenderaan dan pejalan kaki,” kata pesara yang tinggal di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Selain itu Sobri Mohamed, 53, meragui AES berkesan terhadap ‘mat rempit’ yang disifatkannya sebagai “ancaman sebenar di jalan”.

“Mereka mungkin tidak mempunyai lesen. Jadi kamera perangkap kelajuan bukanlah penghalang,” kata penjawat awam berkenaan.

No comments:

Powered by Blogger.