Header Ads

Video Tentang Tunku Jalil yang Anda Mesti Nak Tengok

Video Mengenai Tunku Abdul Jalil yang Dikongsikan Oleh Sultan Ibrahim | KUALA LUMPUR: Kemangkatan putera keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah iaituTunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang berjiwa rakyat dan disayangi ramai nyata masih dirasai seluruh rakyat negara ini, khususnya rakyat Johor.

Sejak kemangkatan Almarhum pada Sabtu lalu akibat kanser hati, laman sosial terus dibanjiri dengan ucapan takziah dan rata-rata rakyat negara ini berduka atas kehilangan permata berharga itu.

Ucapan takziah terus disampaikan kepada seluruh kerabat diraja Johor termasuk daripada individu yang rapat dengan Almarhum.

Video Tentang Tunku Jalil yang Anda Mesti Nak Tengok

Terbaharu, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook rasmi baginda memuat naik sebuah rakaman video Almarhum ketika sedang ditemubual.

Ternyata, video tersebut mengundang rasa pilu, selain menambah kerinduan dalam kalangan rakyat negara ini kepada Almarhum Tunku Laksamana Johor.

Apa yang menyentuh hati pengguna media sosial adalah kata-kata dan ucapan Almarhum yang mdnzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat atas doa yang disampaikan.

“Bila ada sokongan daripada rakyat, mendoakan kita… Saya baca setiap post yang dihantar, tapi tak boleh nak balas setiap satu sebab banyak…

“(Ucapan) Memberi saya banyak sangat semangat. Dan kalau ada peluang, saya nak sangat berterima kasih kepada betul-betul sorang-sorang (rakyat),” kata Almarhum dipetik dalam rakaman tersebut.

Sehingga kini, video yang dimuat naik lima jam lalu ditonton lebih 531,857 pengguna Facebook.

Rata-rata pengguna Facebook terus mendoakan kesejahteraan Almaryum.

Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah akibat kanser.


(Baca: Kisah Tunku Jalil Ketika Berusia 18 Tahun)

No comments:

Powered by Blogger.