Header Ads

'Skodeng' lelaki onani dianggap cabul privasi

'Intai' lelaki melancap dianggap cabul privasi | Pelik…itu yang dirasai oleh seorang wanita apabila tindakannya memasang CCTV di halaman rumahnya selepas melihat seorang lelaki melancap, telah dianggap salah sebagai mencabul privasi lelaki itu.

Susulan itu, Devika Devereux, 38, telah diarahkan oleh polis supaya menurunkan CCTV berkenaan.

'Skodeng' lelaki onani dianggap cabul privasi

Menurut Devika dia terpaksa bertindak demikian selepas lelaki itu melancap di hadapan anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

“Anak saya menjadi panik akibat kejadian itu dan saya pula berasa takut, terkejut dengan apa yang kami saksikan, jadi kami memutuskan untuk memasang CCTV di depan rumah.

“Lelaki itu juga menonton video lucah di telefon bimbitnya,’’ kata Devika.

Malangnya tindakan Devika memasang CCTV itu dianggap salah kerana undang-undang privasi menghalang seseorang yang berdiri di taman, dirakamkan.

“Mereka tidak kisah jika orang lain meletakkan nombor rumah atau pasu bunga tetapi mereka menghalang saya meletakkan CCTV meskipun mereka tahu apa yang berlaku,’’ demikian marah Devika.

No comments:

Powered by Blogger.