Sindiket Servis Urutan Tanpa Coli
Urut tanpa coli, bogel jika dibayar lebih | Kuala Lumpur: Urut pelanggan tanpa memakai coli. Malah, ada yang sanggup berbogel jika dibayar caj tambahan oleh pelanggan.
Itu antara tarikan ditawarkan beberapa pusat urutan di Kepong dan Ampang, Selangor, dengan menyajikan deretan pekerja wanita warga Vietnam dan Indonesia.
Malah, ada antara tukang urut itu menawarkan khidmat pelacuran asalkan dibayar sekurang-kurangnya RM150 lapor Harian Metro.
Kegiatan maksiat itu bagaimanapun ditumpaskan Pasukan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman yang melakukan serbuan serentak di dua premis itu jam 11 malam kelmarin.
Ketua Penolong Pengarah STAGG Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, seramai 33 wanita warga Vietnam dan tujuh warga Indonesia diberkas.
Menurutnya, 40 wanita terbabit dikesan bekerja sebagai pelayan pelanggan dan tukang urut selain menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.
“STAGG turut menahan 17 individu dipercayai penjaga dan pekerja dua premis berkenaan selain enam pelanggan.
“Semua yang ditahan berusia 20 hingga 40 tahun dan kini disoal siasat bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, pihaknya merampas wang tunai berjumlah RM7,738, resit dan dokumen berkaitan perniagaan, empat telefon bimbit dan pelbagai jenis arak.
Khairi memberitahu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55(B) Akta Imigresen kerana memasuki Malaysia tanpa permit yang sah dan menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah dan Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen kerana menyalahgunakan pas lawatan.
No comments: