Header Ads

Shahbudin Hussin persoal keberanian Najib

Najib gentleman atau pengecut? – Shahbudin Hussin | Shahbudin mempertikaikan pengakuan Najib Tun Razak yang mengaku beliau seorang ‘gentleman’ dan berjiwa besar.

Ucapan perasmian dan penggulungan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 menunjukkan seoalah-olah wujud kekeliruan dalam diri Presiden UMNO itu.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Hussin berkata, Najib seperti keliru ketika ucapan perasmian apabila mengaku dirinya ‘gentleman’ dan bukan pengecut lapor Free Malaysia Today.

Shahbudin Hussin persoal keberanian Najib

“Ketika mendabik dada meletakkan dirinya sebagai seorang yang “gentleman” dan bukan pengecut, ramai yang tidak lupa bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap-sayap dan seterusnya beliau bersama Datuk Seri Shafie Apdal turut dihalang berucap di majlis penggulungan perhimpunan tahun ini.

“Sebelum itu, semua peranan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO dalam pelbagai jawatankuasa di peringkat tertinggi parti juga turut dinafikan.

“Kalau betul “gentleman” dan tidak pengecut, kenapa larangan sebegitu rupa yang tidak pernah berlaku sebelum ini sanggup dilakukannya?

“Lebih dari itu, ketika ucapan perasmian di mana beliau menyedari Muhyiddin tiada ruang untuk mempertahankan dirinya, “gentlemankah” bertindak menyerang musuh yang diikat kaki dan disumbat mulutnya?

“Diselak lebih jauh lagi ke belakang sebelum ini, apakah boleh dikira “gentleman” dan bukan pengecut dalam tindakan Najib terhadap Peguam Negara, PAC serta gangguan kepada SPRM dan Bank Negara?,” tulisnya di blognya Shahbudindotcon.blogspot.my.

Shahbudin berkata, Najib bukan sahaja keliru ketika menyampaikan penggulungan, malah ‘masuk bakul angkat sendiri’ apabila mengaku seorang berjiwa besar hanya kerana mengajak kepada perdamaian.

“Kenapa perlu “masuk bakul angkat sendiri” dan memuji diri sebagai berjiwa besar apabila mengajak orang lain berdamai sedangkan hampir semua masalah dalam UMNO adalah berpunca daripada dirinya juga?

“Bolehkah dikata berjiwa besar apabila membelasah orang yang disekatnya daripada bercakap, tetapi kemudian menghulurkan salam perdamaian?, soalnya.

Shahbudin berkata, pelawaan berdamai dilihat sebagai percubaan Najib menukar masalah dalam UMNO kepada seolah-olah perseteruan peribadi antaranya dengan Muhyiddin dan Shafie Apdal sedangkan kemelut hanya timbul berkaitan isu 1MDB dan derma politik yang tiada akitan peribadi.

“Apakah dengan ajakan berdamai itu bermaksud Najib mahu segala isu berkaitan 1MDB dan derma politik yang diterimanya tidak lagi diperkatakan, diungkit-ungkit dan akhirnya dihalalkan begitu saja?

“Adakah dengan mengajak berdamai ini semua pertuduhan yang cuba dikenakan keatas Muhyiddin yang kini dalam pertimbangan Lembaga Disiplin akan diteruskan atau bakal digugurkan?, kata blogger itu.

No comments:

Powered by Blogger.