Header Ads

Respon Pak Nil Azwan Ali Buang Pelekat Pemberiannya

Buang Sticker Rendang, Aznil Hj Nawawi Akhirnya Beri Respon Perbuatan Azwan Ali | SEMALAM kita dikejutkan dengan isu Fazura yang marahkan peminatnya di Instagram. Hari ini pula, kita digegarkan lagi dengan video Azwan Ali ataupun nama manjanya Diva AA yang mengamuk dengan peminat fanatik Datuk Aznil Hj Nawawi (Pak Nil).

Isu berpunca apabila peminat Pak Nil seakan-akan memperlekehkan Diva AA sebagai tidak mampu untuk mendapatkan ‘sticker’ sendiri. Diva AA yang berang dengan kenyataan berkenaan bertindak merakamkan video di akaun Instagramnya dengan memarahi peminat Pak Nil seterusnya membuang ‘sticker’ yang diberikan ke dalam tong sampah.

Respon Pak Nil Azwan Ali Buang Sticker Pemberiannya
Diva AA Mengamuk, Buang ‘Sticker’ Rendang Pemberian Pak Nil

Pak Nil memberikan ‘sticker’ kepada Diva AA sebagai tanda persahabatan bagi tujuan mempromosikan bisnes rendang yang dijalankan oleh Diva AA.


Turut berang dengan tindakan peminatnya, Pak Nil telah mempertahankan Diva AA menerusi satu pos di akaun Instagram yang meminta agar mereka jangan mengganggu kehidupan Diva AA dengan meninggalkan komen yang melukakan hatinya.

Selain itu, Pak Nil juga meminta mereka agar berhenti melaga-lagakan dirinya dengan sahabat baiknya itu.

No comments:

Powered by Blogger.