Header Ads

Pertandingan Beri Nama Anak Panda Malaysia

Peraduan Beri Nama Anak Panda dan Menangi Sebuah Myvi | Hangat diperkatakan sekarang ini mengenai pertandingan untuk memberi nama anak panda Malaysia Liang Liang dan Xing Xing. Apa yang menarik adalah hadiah peraduan tersebut.

Pertandingan Beri Nama Anak Panda Malaysia

Hadiah peraduan beri nama anak panda Liang Liang dan Xing Xing

PUTRAJAYA - Kereta Perodua Myvi bernilai RM50,000 ditawarkan sebagai hadiah utama bagi Pertandingan Menamakan Anak Panda Gergasi yang berlangsung sejak 17 Nov hingga 17 Disember ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dua buah motosikal - Demak Rino dan Demak DJ 90 - pula disediakan sebagai hadiah saguhati kepada penyertaan yang memberi nama memenuhi syarat pertandingan Bernama.

Beliau berkata, kementerian menerima 960 penyertaan setakat ini bagi pertandingan berkenaan yang diadakan bersempena kelahiran anak panda gergasi di Zoo Negara pada 18 Ogos lalu.

Peraduan Beri Nama Anak Panda, dan Menangi Sebuah Myvi

"Cadangan nama perlu menarik dan mempunyai makna, serta tidak menyentuh sensitiviti negara China," katanya dalam sidang media khas Pertandingan Menamakan Anak Panda Gergasi 2015 di sini hari ini.

Kerajaan Malaysia menerima sepasang panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang, daripada kerajaan China pada 21 Mei tahun lalu sebagai tanda meraikan ulang tahun ke-40 jalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Liang Liang melahirkan anak panda betina pada 18 Ogos lalu dan anak panda gergasi itu mula dipamerkan kepada pengunjung Zoo Negara pada 17 November selepas hampir tiga bulan dikuarantin.

Wan Junaidi berkata, senarai pendek nama akan disaring sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan diputuskan di peringkat kabinet dengan kerjasama kerajaan China.

Peraduan Beri Nama Anak Panda, dan Menangi Sebuah Myvi
Anak panda Malaysia Liang Liang dan Xing Xing

Bagaimana untuk menyertai Pertandingan Beri Nama Anak Panda Malaysia?

Mereka yang berminat menyertai pertandingan ini boleh melayari portal Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar http://www.nre.gov.my/sites/pandamalaysia/.

Semoga anda semua sukses!

Peraduan Beri Nama Anak Panda, dan Menangi Sebuah Myvi

No comments:

Powered by Blogger.