Noor Farida (G25) Kata Selain Khalwat, Liwat Juga Harus Dibenarkan
Bukan Saja Khalwat, Liwat Juga Patut Dibenarkan – Noor Farida (G25) | Jurucakap kumpulan 25 Melayu berwibawa atau G25, Datuk Noor Faridah Arifin (gambar) dipetik oleh sumber terdekatnya sebagai berkata bukan sahaja kesalahan khalwat yang perlu dihapuskan dari perundangan Malaysia malah perbuatan liwat juga.
Sama seperti khalwat, liwat turut dilakukan dalam bilik yang tertutup dan sudah terdapat beberapa kes dimana terdapat jabatan agama di negara ini menangkap 2 lelaki Islam yang didapati berada dalam keadaan mencurigakan lapor Negara Pakatan Rakyat.
Keadaan ini sudah tentu meluaskan stigma kebencian masyarakat terhadap golongan gay sedangkan kita sebenarnya ketinggalan berbanding banyak negara maju di dunia yang sudah sampai ke tahap membenarkan perkahwinan sejenis.
Sedangkan di negara kita, lelaki yang mengamalkan hubungan sejenis pun dianggap sudah melakukan kesalahan. Kalau didapati bersalah meliwat pula (walaupun secara sukarela), boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara – memalukan.
G25 akan membuat kenyataan mengenai perkara ini tidak lama lagi.
Cadangan ini sebenarnya adalah cadangan yang sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Sudah lama kita menanti siapa dari kalangan Melayu Islam buka mulut mengenai isu ini dan permintaan kita itu nampaknya sudah dimakbulkan sekarang.
No comments: