Header Ads

Misteri Payudara Tumbuh Pada Tiga Remaja Lelaki

Tiga Beradik Ini Memiliki Penyakit Ganjil Sehingga Sering Dibuli | Tiga remaja lelaki bersaudara yang tidak disebutkan namanya dari Republik Dominican ini tidak pernah menginginkan mereka dilahirkan seperti ini.

Namun ketidakseimbangan hormon dalam tubuh menyebabkan mereka memiliki payudara seperti perempuan.

Menurut ayah mereka , Felipe Ramirez, keganjilan pada anak-anaknya mula kelihatan apabila mereka mula mencecah usia 9 tahun. Kini ketiga anaknya sudahpun berusia 10 , 12, dan 17 tahun. Dia merasa tertekan kerana tidak mempunyai dana untuk memberikan anaknya perubatan yang sewajarnya. Fenomena ganjil ini membuat mereka sering di buli.

Misteri Payudara Tumbuh Pada Tiga Remaja

Kelainan yang dialami oleh mereka dalam dunia perubatan dikenali sebagai Gynecomastia. Dan kerana saiz payudara tersebut cukup besar , mereka sering menjadi bahan gurauan dan sering menjadi mangsa keganasan sehingga menyebabkan batin mereka tertekan.

Gynecomastia ( Gynaecomastia ) adalah perkembangan tidak normal di mana kelenjar susu pada kaum lelaki membesar dan mereka mempunyai bentuk fizikal seperti seorang wanita. Keabnormalan seperti ini mungkin diwarisi dari orang tua, iaitu dari pihak ibu sebagai pembawa gen sifat-sifat tersebut. Golongan lelaki yang sering menderita Gynaecomastia adalah mereka yang proses metabolik tubuhnya tidak stabil. Namun hal ini tidak disebabkan kerana obesiti atau kegemukan.

Dr Elbi Morla yang mengetuai operasi pembedahan yang dilaksanakan atas kemurahan hati pemimpin Velez Santana Hospital, Dr. Pedro Antonio Delgado yang memutuskan pihak hospital menanggung sepenuhnya kos pembedahan.

Pakar perubatan hingga kini masih meneliti penyebab fenomena ganjil tersebut. Dan kini, cabaran yang dihadapi mereka adalah sel punca gynecomastia bukan merupakan satu-satunya penyebab walau sel abnormal tersebut dicetuskan oleh banyaknya kadar Sex Hormone Binding Globuline ( SHBG ) dalam tubuh kaum lelaki.

Tiga Beradik Ini Memiliki Penyakit Ganjil Sehingga Sering Dibuli

No comments:

Powered by Blogger.