Lulus ujian memandu hanya dengan seks
Seks untuk dapatkan lesen memandu | Pengendali sekolah memandu di Belanda kini boleh menerima bayaran menerusi seks.
'Ride for Ride', adalah nama undang-undang Belanda baru diperkenalkan yang membolehkan mana-mana individu berusia 18 tahun ke atas yang belajar memandu kereta, trak atau bas dan menunggang motosikal menawarkan tubuh mereka sebagai bayaran untuk pembelajaran bertauliah.
Pegawai kerajaan menyatakan pelajar dan guru memandu perlu melunaskan bayaran itu di luar proses pemanduan, bagi tujuan keselamatan.
"Ia bukan mengenai menawarkan aktiviti seksual sebagai bayaran, tetapi menawarkan pelajaran memandu. Apa yang penting adalah inisiatif untuk menerima sebarang bayaran dengan seks terletak kepada guru memandu, dan fokus kepada menawarkan pelajaran memandu, dengan bayaran disediakan dalam bentuk seksual.
"Apabila seks ditawarkan untuk tujuan mendapatkan wang, itu pelacuran," kata Menteri Pengangkutan, Melanie Schultz van Haegen dan Menteri Kehakiman, Ard van der Steur.
Namun tidak semua rakyat negara itu gembira dengan undang-undang berkenaan.
Golongan konservatif Parti Kesatuan Kristian dilaporkan menuntut Parlimen menjadikan amalan itu sebagai jenayah. - Agensi
No comments: