Header Ads

Komen Shah Rukh Khan isu kutipan filem Dilwale terjejas

Kutipan filem Dilwale terjejas, ini luahan Shah Rukh Khan | BIARPUN kutipan filem terbaharunya tidak seperti yang diharapkan, hero terkenal Bollywood, Shan Rukh Khan mengakui kesal namun tetap tidak berganjak daripada pendiriannya.

Komen Shah Rukh Khan isu kutipan filem Dilwale terjejas
Kutipan filem Dilwale terjejas, Shah Rukh Khan enggan minta maaf

Dalam satu temu ramah bulan lalu, Shan Rukh Khan mengeluarkan kenyataan bahawa sikap toleransi masyarakat semakin berkurangan di India dan ia dikatakan punca tayangan filem tersebut disekat lapor Astro Awani.

Banyak pihak khususnya aktivis kemasyarakatan menuduh Shah Rukh sebagai tidak menghormati negara sendiri apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.



Namun bagi aktor berusia 50 tahun itu, dia tidak menyesal mengeluarkan kenyataan itu kerana dia berhak menyuarakan pendapat sebagai warganegara.

Beberapa daerah di India dilaporkan tidak membenarkan tayangan filem berkenaan, sekaligus memberi kesan kepada jualan tiket keseluruhan.

Dilwale merupakan antara filem paling dinantikan tahun ini oleh peminat filem Hindi, dan ia menggandingkan kembali Shan Rukh Khan dengan Kajol.

Belum ada angka rasmi kutipan Dilwale setakat ini, namun angka tidak rasmi menyebut ia berada di bawah filem lakonan Deepika Padukone, Bajirao Mastani.

Kedua-dua filem itu mula ditayangkan pada 18 Disember lalu.

No comments:

Powered by Blogger.