Kisah sayu dari seorang 'Doktor Badut'
'Doktor Badut' kongsi kisah hajat tidak kesampaian seorang budak yang telah pergi untuk selamanya | Apabila kita menghiburkan orang yang sedang sakit dengan penuh keihlasan, pasti mereka akan menghargai diri kita. Manakan tidak, orang yang sakit terutamanya kanak-kanak mesti memerlukan hiburan pada diri mereka.
Kisah seorang ‘doktor badut’ yang menghiburkan pesakit kanak-kanak ini meluahkan rasa terharu apabila kanak-kanak tersebut inginkan dirinya berada dipangkuan sebelum dia meninggal dunia.
Namun, apakan daya disebabkan faktor dana yang terhad, ia membataskan doktor ini bertemu dengannya dan Allah lebih menyayangi kanak-kanak itu.
Kata-kata terakhir kanak-kanak tersebut membuat kami rasa sebak apabila membacanya.
Kisah ini dipetik menerusi Facebook Iskandar Syah Ismail.
Sewaktu hari jadinya dahulu, sebelum dia meninggal dunia dia mahu ‘clowns’ datang menghiburnya.
En. Is ingat tak pesakit nama Harith?” Ketua Jururawat, ‘Sister’ Zainab bertanya ketika kami berehat selepas selesai tugas menghibur pesakit kanak-kanak di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru semalam.
“Tidak. Patient yang mana satu, sister?” Kami hanya dapat pergi ke HSI pada setiap bulan bagi menghibur pesakit kanak-kanak, oleh kerana itu sukar mengingati nama pesakit bernama Harith antara puluhan pesakit yang kami lawati di sana pada setiap bulan.
“Nanti saya tunjukkan!” Sister Zainab segera mengambil sekeping gambar aktiviti pesakit kanak-kanak Wad Paliatif Kanak-kanak HSI (PPC) yang dipamerkan pada dinding wad lalu menghulurkan kepada saya.
Apabila saya melihat gambar Harith, baharu saya mengingatinya. Harith pesakit yang kami pernah hiburkan di wad PPC pada bulan Mei tahun lepas. Harith tersenyum lebar apabila kami melakukan ‘red nose transplant’ pada telinganya.
“Harith sudah meninggal dunia akibat Leukemia tidak lama dahulu.”
Saya tersentak mendengarnya.
“Sewaktu hari jadinya dahulu, sebelum dia meninggal dunia dia mahu ‘clowns’ datang menghiburnya.” Sister Zainab terus bercerita.
“Tak mahulah, mak. Saya nak doktor Bubbles yang datang…Clowns yang lain itu hanya biasa-biasa sahaja. DR Bubbles ini lain sikit”
Oleh kerana tim Red Bubbles hanya dapat datang ke sini sebulan sekali dan mengikut jadual yang ditetapkan, kami cuba mendapatkan khidmat ‘clowns’ dari dekat-dekat sini sahaja.”
Benar, sehingga kini kami hanya dapat pergi ke HSI di Johor Bahru pada kadar sebulan sekali. Tentu sahaja kami ingin benar menghibur mereka lebih kerap lagi. Jika boleh, kami mahu datang ke sana seminggu sekali. Namun kami sedar ia hanya dapat dilakukan apabila kami beroleh dana yang secukupnya suatu hari nanti, Insya Allah!
“Namun apabila ibunya bertanya kepada Harith, Harith kata, ‘Tak mahulah, mak. Saya nak DR Bubbles yang datang.”
“Emaknya bertanya,’Kenapa Harith tak nak clowns lain dan nak DR Bubbles?’”
“Harith jawab, ‘Clowns yang lain itu hanya biasa-biasa sahaja. DR Bubbles ini lain sikit.”
Saya benar-benar terharu!
Nota: Jika tuan dan puan mahu membantu usaha Red Bubbles supaya kami dapat pergi ke Hospital Sultan Ismail dengan lebih kerap lagi, agar kita dapat menunaikan hasrat pesakit kanak-kanak seperti arwah Harith, tuan dan puan boleh menyumbang dana seikhlasnya kepada akaun Maybank Red Bubbles: 5640 7000 2826.
Mudah-mudahan Allah sentiasa meluaskan rezeki tuan dan puan yang budiman.
No comments: