Header Ads

Kisah Cinta Sebenar Arwah Ibu dan Ayah

Ini Baru Betul Cinta Sejati | Tidak ramai yang mengerti apa sebenarnya maksud cinta sebenar atau sejati. Lelaki ini dedahkan cinta arwah ibu dan ayahnya yang pasti membuka mata anda.

Kisah menarik ini dikongsikan oleh Yusri Salleh di Facebook miliknya.

Kisah Cinta Sebenar Arwah Ibu dan Ayah

Korang boleh baca ni? Korang tau sebenarnya Bahasa Melayu tulisan asalnya adalah jawi? Ini adalah sijil kahwin arwah mak dan arwah bapak. Tarikh perkahwinan 5.4.1966.

Korang tau tak cinta sebenar ni bukan.. I lep U, U lep me.. Cinta sebenar adalah yg diuji, bukan dgn duit, bukan dengan kesenangan. Cinta sebenar diuji dengan kesusahan.

Ini cerita pasal arwah mak dan bapak saya. Kedua-duanya sekolah sampai darjah 6 sahaja. Sebelum ayah kahwin dgn mak , beliau nak kahwin dengan org lain.Dah nak kahwin dah tapi tak jadi , ye lah. Bapak dulu kerja tak tentu, sekolah pon tak kemana. Kemudian kahwinlah dengan mak saya. Orang dahulu nak kahwin ni mana ada dating2, mana ade u lep me I lep u? Kahwin banyak atas urusan keluarga. Kalau nampak baik maka biasa keluarga akan proceed. Mak tidak pulak memilih bapak atas dasar wang ringgit. Lepas kahwin pi duduk estet di Paloh. Korang tau paloh mana? Cerita pasal Paloh tuh laaa. Tempat sarang komunis dulu2.

Kerja mak tolong bapak untuk menyara keluarga , kerja juga menoreh getah di estet. Dulu kalau hujan menoreh estet ni kene “double” maknanya kene toreh dua lot pokok getah. So kadang kene menoreh pukul 1 pagi / pukul 3 pagi / or pukul 4 pagi sebab nak abiskan dua lot. Menoreh letak lampu api kat kepala. Ade yg terbakar rambut. Dulu mana ada undang2 buruh yg bagus. Dulu kerja estet ada mcm hamba sikit. Toreh getah ade luka sikit kat pokok tuh kene marah dengan mandor . pagi kene beratur depa panggil “rowcall”. Beratur sebelum gi menoreh.

Ini Baru Betul Cinta Sejati

Malam biasa mak buat kuih untuk pagi….apam kukus, kuih bingka ect etc. Kene buatlah sebab nak beli mana mampu sangat . Dua org keje menoreh estet yg kadang masa pon tak tentu. Pagi memasak lagi bangun awal sebab nak bagi anak-anak bawak bekal nasi ke sekolah. Bawak duit 30 sen saja utk beli jajan. Nak kenyang susahlah … sekolah dari pagi sampai petang sekali dgn sekolah agama. Kena la ade bekal nasi. bila anak dah besar skit malam kadang mak mengajar ngaji budak2 kampung. FOC sajer

Tiap2 bulan sikit memang bapak kumpul duit untuk masukkan dlm ASB/ASN/bank utk masa depan. So, nak cerita baju baru , emas berselirat, bag , kasut tuh semua takda la dlm pemikiran mak ni. Tak mampu. Boleh makan tanpa berhutang tuh pon dah kira untung. Ada pekerja estet lain yg terpaksa berhutang dengan koperasi estet untuk barang keperluan dapur. Bila gaji saja tolak hutang koperasi tinggal RM 5 sahaja….yang negative lagi pon ada. Cycle hutang itu berterusanlah untuk sesetengah pekerja estet zaman dulu.

Dasar skim pekebun kecil amatlah membantu. Bolehlah mak dan bapak tanam getah dikebun kampong. Ketika saya masuk hospital ketika darjah 4 dalam sebulan lebih. Sorang terpaksa berhenti menorah estet sebab jaga saya dihospital . Nasib baik kebun di kampong dah keluar hasil.

Ketika bapak sakit beberapa tahun sebelum meninggal, mak la yg jaga.. yg mandikan . yg basuh segala macam untuk bapak. Lepas bapak meninggal. Mak macam hilang arah, insan yg beliau support sepanjang hayatnya sudah tak ada. .Kerap mak cakap “Mak kalau boleh nak ikut bapak” . Setahun lebih lepas itu mak ikut bapak. Kejap sahaja sakitnya. Amat mudah dijemput Ilahi. Sorrylah kalau cerita ni tak macam Romeo dan Juliet .

So, u all yg belajar kat university yg couple-couple. Yg I lep u , u lep me. Yang tak boleh belajar sebab pakwe carik awek lain, yg pakwe x belanja tgk wayang , yg pakwe kene kacau awek lain. I SAY BULLSHIT JE SEMUA TU. Itu bukan cinta. Cinta sebenar adalah yang diuji… bukan dengan wang ringgit. Tapi dengan kesusahan. Belajar elok2 sudah lah …

No comments:

Powered by Blogger.