Header Ads

Kim Kardashian makan uri sendiri

Kim Kardashian akui makan uri sendiri | Kim Kardashian atau KimK dan suaminya Kanye West baru saja menimang anak kedua, Saint West pada 5 Disember, Sabtu lalu. 

Baru-baru ini, KimK, 35, mendedahkan bahawa dia memakan urinya sendiri untuk mengelakkan dirinya stress selepas bersalin. 

Dakwanya, dengan amalan pemakanan uri sendiri itu menjadikan tubuhnya kekal sihat dan bertenaga.

Kim Kardashian makan uri sendiri

KimK mengakui dia mula mengamalkan pemakanan uri sendiri ini semenjak kelahiran anak pertamanya, North West. Amalan yang menjijikkan itu juga turut diamalkan beberapa selebriti Hollywood seperti January Jones dan Kim Zolciak, katanya. 

Bagaimanapun KimK menjelaskan bahawa uri yang dimakan itu bukan dalam bentuk organ mentah, mahupun dimasak sebelum di makan, tetapi urinya ditukarkan menjadi pil dalam bentuk kapsul. 

Jelas KimK lagi, jika amalan memakan uri itu tidak mendatangkan kebaikan pada dirinya, sudah pasti beliau tidak akan memakannya. Sebaliknya, amalan itu berkesan dan membawa perubahan yang amat ketara pada kesihatannya.

No comments:

Powered by Blogger.