Header Ads

Isu Azian Mazwan Sapuwan Tak Puas Hati Dengan Farahdhiya

Azian Mazwan Sapuwan Tak Puas Hati Dengan Farahdhiya? | Konsert separuh akhir Gegar Vaganza 2 yang berlangsung Ahad lalu sememangnya meninggalkan kesan terhadap peminat industri muzik tanah air.

Mana taknya, kesemua peserta mempamerkan persembahan yang memberangsangkan. Tapi, dalam kita tak sedar, ada satu perkara yang menjadi bualan hangat peminat-peminat Farahdhiya dan Azian Mazwan Sapuwan lapor paparazzi.my.

Isu Azian Mazwan Sapuwan Tak Puas Hati Dengan Farahdhiya

Kalau korang nak tahu, dek kerana kapsyen ‘Alhamdulillah dpt nyanyikan Karok Tarikkk ‘Sedalam Mana Cintamu’ .. Bukan Karok Mendatar ye!!’ yang ditulis di akaun Instagram Azian telah membuatkan peminat menganggap Azian menyindir persembahan Farahdhiya.

Nak dijadikan cerita, rata-rata pengguna Instagram beranggapan Azian tidak dapat menerima penyingkiran walaupun persembahan yang dibuat kelihatan lebih baik daripada Farahdhiya.

Kapsyen Azian tersebut dikatakan telah mengguris hati ramai peminat-peminat Farahdhiya hingga ianya menjadi perdebatan diruangan komen.

Azian Mazwan Sapuwan Tak Puas Hati Dengan Farahdhiya?

Hmm, pada kami, hanya tuan badan saja yang tahu apakah maksud tersirat disebalik kapsyen yang ditulis. Kami rasa baik Farahdhiya mahupun Azian, kedua-duanya tiada masalah menerima keputusan juri.

Apapun, kita doakan karier Azian supaya terus berkembang dan kepada Farahdhiya, semoga berjaya di konsert akhir nanti ya!

No comments:

Powered by Blogger.