“Imam gay” muncul di Twitter
Kemunculan “imam gay” di Twitter cetus kontroversi | Satu perdebatan tercetus di Twitter apabila salah seorang kurator akaun Twitter @twt_LGBT mengeluarkan satu tweet yang mengejutkan pelbagai pihak dengan menyatakan dirinya sebagai seorang imam gay.
Kurator tersebut, yang membahasakan dirinya sebagai “Adik” berkongsi pengalaman dan kisah hidupnya sebagai seorang umat Islam homoseksual di Malaysia.
“Here goes. Bismillah. Hello! Saya Adik, saya kurator baru untuk minggu ini. Salams.”, tulis kurator tersebut di Tweet pertamanya lapor therakyatpost.
Tweet "imam gay" cetus kontroversi di media sosial |
“Uhm. Kenalkan diri dulu lah ye? Panggil je Adik, Adick or Dick . A gay community imam :)
“Saya tinggal di sebuah masyarakat sederhana pinggir bandar, bekerja sebagai eksekutif masjid. Bunyi professional gila: pada dasarnya imam, bilal, khatib, penjaga
“Saya nak kongsi hidup sebagai seorang imam gay. “, tulis Adik.
Malah, Adik juga mendakwa dirinya seorang imam negeri.
“Saya seorang orang dewasa normal, menjalani kehidupan orang dewasa normal. Saya tinggal di Semenanjung, dan bekerja sebagai bilal dan khatib.
“Saya pernah bersekolah di sebuah maahad, sebuah Sekolah Kebangsaan, sebuah Sekolah Menengah Agama dan sebuah universiti swasta di Selangor. Selepas tamat pengajian saya menjadi imam kerajaan negeri.
Selain dari berkongsi pengalaman hidupnya sebagai seorang imam gay, Adik juga turut mencetuskan beberapa pertikaian beberapa ajaran Islam dalam aspek homoseksualiti dan pendapatnya mengenai Muslim homoseksual.
Adik berkata tiada spesifikasi yang jelas dalam Islam berhubung makna homoseksualiti dan mendakwa al-Quran hanya melarang dan membantah hubungan homoseksual jika ia membabitkan seks.
“Tiada juga tidak dibenarkan. Larangan adalah bagi perbuatan seksual.”
Menurut Adik, Islam melarang hubungan seks bagi mereka yang normal serta belum berkahwin dan konsep yang sama sepatutnya diguna pakai untuk golongan homoseksual.
“Dengarlah, saya seorang imam bujang dan saya ada pasangan. Bujang: Tidak berkahwin dan tiada seks.
“Mengikut undang-undang, seks tanpa perkahwinan adalah satu dosa. Seks di luar tabii (lelaki dan wanita), satu dosa. Saya memilih untuk berkecuali daripada kedua-duanya,” jelasnya.
Terkejut dengan tweet-tweet dari kurator tersebut, seorang pengguna Twitter, @muhammadyusoffn menulis “dah buat dosa bangga plk nk kongsi dgn org ramai. Nabi tk mengaku umat lahanat! Seronok plk kau jd imam gay jilakeee”.
Pengguna twitter, @fariqoo pula berkata “Aduh kecewanya aku ada orang macam ni. Haih. Akhir zaman sangat”
@sfatimahk pula berkata, walaupun dia mempunyai rakan gay, namun seorang imam yang gay tidak masuk akal.
Namun, ada juga pengguna Twitter yang bersifat terbuka terhadap apa yang dinyatakan oleh Adik.
@meiameira berkata “Anda seorang yang istimewa. Kita perlu lebih ramai orang bijak seperti anda”
Akaun Twitter twt_LGBT adalah satu akaun twitter yang dikhususkan untuk golongan LGBT untuk berkongsi pengalaman mereka mengenai isu-isu berkaitan LGBT.
Akaun ini beroperasi dengan sistem kurator dimana individu-individu tertentu akan dipilih setiap minggu untuk menampilkan diri mereka di akaun tersebut.
No comments: