Header Ads

Hospital swasta cuai pindahkan darah dijangkiti virus HIV kepada pesakit

Hospital swasta didakwa cuai pindahkan darah dijangkiti virus HIV kepada pesakit | Sebuah hospital swasta di bandaraya ini didakwa cuai ketika melakukan pemindahan darah sehingga menyebabkan pesakitnya menerima darah yang mempunyai virus HIV positif.

Pesakit, Loi Teck Chai telah tampil menuntut ganti rugi daripada Hospital Fatimah ketika kes disebut dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Samsuddin Hassan, pagi tadi memetik Perak Today.

Hospital swasta cuai pindahkan darah dijangkiti virus HIV kepada pesakit
Hospital swasta didakwa cuai pindahkan darah dijangkiti virus HIV kepada pesakit

Terdahulu, plaintif telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 21 Mei 2005 dan dimasukkan ke Hospital Seri Manjung setelah mengalami patah kaki kanan akibat kemalangan tersebut.

Semasa mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung, plaintif telah menerima 16 unit pek darah untuk merawat kecederaannya.

Pada 21 Mei 2005, di atas permintaan kedua ibubapa plaintif, pesakit kemudiannya dibenarkan berpindah ke Hospital Fatimah, Ipoh pada hari yang sama.

Plaintif kemudiannya melakukan ujian darah dan keputusan ujian tersebut mendapati bahawa darah plaintif adalah HIV negatif.

Keesokannya, plaintif menerima dua unit pek darah di Hospital Fatimah di mana salah satu daripadanya adalah daripada hospital tersebut.

Pada 25 Mei 2015, Teck Chai telah menjalani satu pembedahan di kaki kanan dan diberikan satu unit pek darah dan dibenarkan keluar dari hospital tersebut pada 1 Jun 2005.

Plaintif kemudiannya dimasukkan ke hospital berkenaan pada 2 Disember 2005 untuk menjalani pembedahan di bahagian lutut kanan.

Hasil ujian darah yang dilakukan oleh Gribbles Pathology (Malaysia) Sdn Bhd pada 30 November 2005 mendapati, darah mangsa mempunyai virus HIV potitif.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak selepas menerima aduan daripada ibu plaintif pada 2006, plaintif disahkan dijangkiti virus HIV hasil daripada pemindahan darah yang dilakukan oleh defendan sewaktu menerima rawatan pada 23 Mei 2005.

Plaintif kemudiannya mengambil tindakan undang-undang terhadap defendan diatas kecuaian ketika melakukan rawatan pemindahan darah yang mengandungi virus HIV dan menuntut gantirugi.

Plaintif yang tidak hadir di mahkamah diwakili oleh peguamnya, Neoh Ang Wei, V Vijaya Segaran dan Intan Suraya Abdul Halim.

Hakim memutuskan 29 Disember ini untuk membuat keputusan.

No comments:

Powered by Blogger.