Header Ads

Fendy Affandi yang Viral di Facebook Guna Gambar Palsu

Fendy Affandi Pakai Gambar Orang Lain Buat Kenyataan | Sekarang ini viral di laman sosial mengenai kenyataan seorang lelaki "Pro Kerajaan" yang menghentam mereka yang marah dengan cukai GST.

Kenyataan Fendy Affandi itu dikritik hebat dan rata-rata netizen bengang dengan tindakannya yang memuatnaik status berkenaan.

Disaat rakyat bertungkus-lumus mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan, dia dengan berlagaknya mengatakan langsung tidak terjejas dengan perlaksanaan GST.

Fendy Affandi yang Viral di Facebook Guna Gambar Palsu

Gambar Palsu Fendy Affandi

Terbaharu, seorang wanita, Nur Syahirah yang juga kakak kepada pemilik sebenar gambar "Fendy Affandi" itu tampil memberi kenyataan dan mendedahkan bahawa gambar itu adalah gambar milik adiknya yang bernama Muhd Syahir.

Fendy Affandi Pakai Gambar Orang Lain Buat Kenyataan

Ikuti kenyataannya yang bengang apabila gambar adiknya dihentam kerana kenyataan Fendy Affandi itu.

Kau nak meroyan ke apa kau pakai la gambar sendiri "FENDY AFFANDI" Tak payah pakai gambar adik aku. Tak pasal2 semua org mencari dan mencerca dia.

Nama adik aku MUHD SYAHIR nama dalam FB dia SYAHIR RAWSTAR. Kalau nak cari tu biar "FENDY AFFANDI" yang betul bukan adik aku. Adik aku tak bersalah! Fendy tu da pakai gambar adik aku.

Cakap lebih tapi pakai gambar orang lain untuk kau buat status. Da takde modal ke! Kau tak payah nak buat dosa kering la. Kalau kau berani tunjuk muka sendiri! Sesungguhnya kau ni pengecut, tak berani nak menunjukkan wajah kau sendiri.

Entah2 nama "FENDY AFFANDI" pon bukan nama sebenar kau. Apa pon adik aku telah membuat laporan polis, yang kau telah mengguna pakai gambar dia sebagai gambar profile "FENDI AFFANDI".

Kalau kau terlepas kat dunia ni, kalau polis tak dapat cari kau, kau takkan terlepas kat akhirat.

Sesungguhnya kau penyebar FITNAH! - Nur Syahirah

(Baca: "Daif sangat ke kehidupan rakyat Malaysia ni sampai merungut tentang GST?" - Fendy Affandi)

No comments:

Powered by Blogger.