Header Ads

Fazura bakal bertemu vii.narza, Isu KimK

Isu KimK, Fazura akan bertemu vii.narza | Pelakon Nur Fazura Sharifuddin dijangka akan mengadakan pertemuan empat mata dengan pemilik akaun Instagram @vii.narza pada Jumaat.

Menurut sumber terdekat dengan pelakon popular itu, pertemuan itu diadakan adalah untuk menjernihkan keadaan atas kontroversi yang berlaku pada Rabu.

Sejak semalam, ruang maya media sosial menjadi hangat apabila pelakon filem Gol & Gincu itu telah mengkritik secara terbuka komen @vii.narza hanya kerana tersalah sangka dengan maksud yang ingin disampaikan lapor Astro Awani.

Fazura bakal bertemu vii.narza, Isu KimK

Tindakan itu telah mengundang kritikan pengguna media sosial hingga menjadi topik perbualan utama di laman sosial Twitter hingga ke hari ini.

Akibat salah faham itu, pengguna media sosial menyarankan supaya Fazura memohon maaf kepada peminat tersebut susulan tindakannya yang memalukan peminat itu di khalayak ramai.

Fazura kini berada di Singapura untuk menghadiri acara Asian TV Awards 2015 yang berlangsung di sana.

Kontroversi tersebut turut menarik perhatian budayawan Profesor Dr Siti Zainon Ismail yang menyifatkan isu seperti ini akan menjadi besar jika ada kekeliruan akibat salah tafsir sehingga menimbulkan persepsi negatif terutamanya di media sosial.

“Penggunaan medium media sosial dalam menegur atau memuji boleh menjadi salah faham jika ia tidak dilakukan dengan penuh kesopanan.

“Jangan perli dengan kasar, kita jangan mengusik orang dengan tulisan yang boleh menjadikan salah faham. Paling mudah jika ada pujian atau teguran, sampaikan mesej itu secara peribadi sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Diharapkan dengan pertemuan empat mata itu akan dapat memulihkan imej kedua-dua belah pihak yang telah tercalar akibat kontroversi tersebut.

Usaha menghubungi kedua-dua pihak masih belum berhasil.

No comments:

Powered by Blogger.