Header Ads

Fakta wanita Malaysia tak minat nak kahwin dan hanya pentingkan kerjaya

Fakta wanita Malaysia pentingkan kerjaya dan tak minat nak kahwin | Jangan terkejut kerana ianya memang fakta! Tidak minat berkahwin dan hanya mementingkan kerjaya, menjadi tren wanita Malaysia masa kini.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail, selain dua sebab tersebut, wanita masa kini juga beranggapan kos menyara anak terlalu membebankan lapor Kosmo!.

Fakta wanita Malaysia tak minat nak kahwin dan hanya pentingkan kerjaya

Tren tersebut sebenarnya memberi masalah kepada negara kerana sikap wanita Malaysia yang tidak minat berkahwin awal menyebabkan kadar kesuburan di negara ini berada di tahap membimbangkan.

Dengan purata kelahiran yang dicatatkan menurun sehingga 1.9 orang bagi sebuah keluarga pada tahun lalu.

Pada tahun 1980-an, setiap pasangan di Malaysia mempunyai empat orang anak tetapi angka tersebut menurun kepada tiga orang pada tahun 2000.

Lebih teruk pada tahun 2014, kadar kelahiran bagi setiap pasangan berkahwin di Malaysia terus merosot sehingga ke paras 1.9 orang anak sahaja.

Jika Malaysia tidak memberi fokus tentang masalah tersebut, negara ini akan mengikut jejak negara maju seperti Jepun yang mencatatkan kadar kelahiran 1.4 orang anak manakala Singapura 0.8.


No comments:

Powered by Blogger.