Header Ads

Dr MAZA puji tindakan Khairy Jamaluddin sekat atlet Israel

Tindakan Khairy Jamaluddin sekat atlet Israel dipuji Dr MAZA | Sekatan visa ke atas dua atlet Isreal oleh kerajaan daripada menyertai satu acara sukan di Langkawi hari ini mendapat pujian pelbagai pihak termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, sekatan itu wajar dikenakan meskipun melibatkan aktiviti sukan kerana ia juga sebahagian daripada aspek kemanusiaan lapor Sinar Harian.

Dr MAZA puji tindakan Khairy Jamaluddin sekat atlet Israel

“Saya ingin memuji pendirian YB KJ. Sukan tidak boleh berpisah dari kemanusiaan.

“DAP hanya memikirkan hak sukan Israel namun tidak begitu nyata selama ini pendirian mereka terhadap hak kemanusiaan rakyat Palestin,” katanya dalam posting terbaru di akaun Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan sebuah portal telah menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan daripada mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf), di Langkawi, hari ini.

Selain visa, Malaysia turut mengenakan beberapa sekatan termasuk sekatan ke atas penggunaan bendera Israel atau simbol serta larangan lagu kebangsaan Israel dimainkan jika pasukan mereka memenangi pingat emas.

Sebelum ini, tindakan Khairy menyekat atlet Isreal dikecam Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin kerana menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

Tindakan Zhemin itu bagaimanapun dikecam pelbagai pihak yang mempersoalkan pendirian DAP dalam isu membabitkan Israel.

No comments:

Powered by Blogger.