Header Ads

Detik memalukan seorang lelaki semasa mengambil anugerah dari presiden

Bangga ambil anugerah dari presiden, tak sedar seluar terlondeh | Seorang aktivis hak asasi manusia Croatia malu besar apabila seluarnya terlondeh ketika dia menerima anugerah berprestij daripada presiden negara itu.

Ivan Zvonimir Cicak menyambut sijil pengiktirafan itu daripada Presiden Kolinda Grabar-Kitarovic apabila seluarnya terlondeh tiba-tiba lapor Harian Metro.

Detik memalukan seorang lelaki semasa mengambil anugerah dari presiden
SELUAR Cicak terlondeh sebelum dia sempat menyambut anugerah daripada Presiden Croatia di Zagreb, semalam. 

Gambar yang dirakam menunjukkan Cicak, Ketua Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Croatia merah padam ketika seluarnya terlondeh hingga ke buku lali.

Dia bagaimanapun dengan selamba menariknya semula dan meneruskan acara itu.

Dia bernasib baik kerana Kolinda memegang anugerah berkenaan, menghalang orang lain melihat seluar dalam Cicak.

Bangga ambil anugerah dari presiden, tak sedar seluar terlondeh

No comments:

Powered by Blogger.