Header Ads

Detik cemas kereta terbakar di stesen LRT Taman Jaya

6 buah kereta terbakar di stesen LRT Taman Jaya | Enam buah kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah tempat letak kereta di stesen LRT Taman Jaya dekat sini.

Dalam insiden pukul 1 petang Isnin, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa selama setengah jam untuk memadamkan kebakaran itu lapor MStar.

Detik cemas kereta terbakar di stesen LRT Taman Jaya

Jurucakap jabatan tersebut berkata mereka tiba di lokasi kejadian beberapa minit selepas menerima panggilan daripada seorang saksi.

“Empat kenderaan rosak teruk manakala dua lagi 20 peratus terbakar,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata punca kebakaran masih lagi disiasat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

(Baca: Punca sebenar kereta terbakar di stesen LRT Taman Jaya)

No comments:

Powered by Blogger.