Header Ads

Detik cemas kaki budak tersepit eskalator di Johor

Kaki kanak-kanak tersepit eskalator di Johor | Nampaknya kejadian kemalangan melibatkan tangga eskalator semakin kerap berlaku selepas kejadian yang menggemparkan berlaku di China yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Semalam, satu kejadian terbaru melibatkan eskalator berlaku di hentian Rehat Dan Rawat (RnR) Pagoh, Johor apabila seorang kanak-kanak lelaki kakinya telah tersepit di tangga eskalator.

Kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira jam 9.20 malam itu menyebabkan orang ramai mula berkerumun.

Detik cemas kaki budak tersepit eskalator di Johor

Menurut seorang saksi bernama Shahrul Hisham, selepas kaki kanak-kanak itu tersepit, eskalator secara automatik telah terhenti.

“Kanak-kanak itu menangis menahan kesakitan sambil dipeluk oleh bapanya, saya rasa ngilu dan alhamdulillah dia selamat,” katanya.

Kaki kanak-kanak tersepit eskalator di Johor

Kaki kanak-kanak tersepit eskalator di Johor

Pegawai Kanan 2 Bomba Dan penyelamat Muar, Idris Bin Ali mengesahkan kejadian ini, menurut beliau yang mengetuai operasi, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9:34 malam dan terus bergegas ke tempa kejadian.

Mereka yang sampai ke RnR Pagoh kira-kira setengah jam terus cuba melepaskan kaki kanak-kanak berkenaan.

Kaki kanak-kanak tersepit eskalator di Johor

Kaki kanak-kanak tersepit eskalator di Johor

“Kami mengambil masa agak lama iaitu kira-kira setengah jam lebih untuk mengeluarkan kaki mangsa dari eskalator kerana terlalu bahagian tangga yang perlu dibuka dan kerja dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kanak-kanak tersebut mengalami kesakitan,” katanya ketika dihububungi oleh Siakapkeli.

Mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederan yang serius dimana tiga jarinya dipercayai patah dan kini dirawat di hospital Muar.

No comments:

Powered by Blogger.