Bila polis (pengiring) dan nak menteri lalu, jangan bagi lalu
“Bila polis (pengiring) dan menteri lalu, jangan bagi menteri lalu! Kalau mereka mahu lalu juga, minta mereka bangun pagi!” | “Bila polis (pengiring) dan menteri lalu, jangan bagi menteri lalu! Kalau mereka mahu lalu juga, minta mereka bangun pagi!” sindir Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaikh Ismail.
Siti Aishah berkata demikian ketika membahas usul negara hukum pada Kongres PKR di Ideal Convention Centre, di sini hari ini.
Menurutnya, menteri sepatutnya lebih memahami beban yang ditanggung rakyat dan bukannya menambah lagi kesusahan rakyat memetik Sinar Harian.
“Bila mereka lalu di tol, jangan beri mereka jalan (mencelah), kena sama macam orang lain, kena bangun lagi untuk lalu awal di atas jalan.
“Jangan hanya minta rakyat bangun awal pagi untuk lalu di jalan yang tak ada tol. Menteri kena buat dulu,” katanya lagi.
No comments: