Header Ads

Bengang iPhone 6 RM799, jadi RM3,100

iPhone 6 RM799, jadi RM3,100 di Kompleks Kota Raya | Lagi kes penipuan telefon pintar yang dilaporkan terjadi di Kompleks Kota Raya.

Pendedahan ini dibuat oleh Roslan Bin Haji Ismail di Facebook miliknya.

Bengang iPhone 6 RM799, jadi RM3,100

Kisah dia macam ni bang, saya pergi dekat kompleks kota raya pada 30/11/2015, lepas tu saya nampak la harga fon yang dipaparkan oleh kedai kedai kat situ murah, saya pom tertarik untuk membeli iphone 6 dimana harga rm799 yang diberikan kepada saya..

Setelah bertanyakan berkali kali kepada penjual itu tentang ori atau tidak, perlu membuat bayaran tambahan atau tidak, saya telah berpuas hati kerana iphone tersebut adalah original dan dia juga memberitahu tidak perlu membuat bayran tambahan lagi.. Setelah itu saya pun bersetuju untuk membeli iphone 6 tersebut dan membayar rm799 kepada peniaga tersebut.

Dia meminta sya untuk tunggu selama 10 minit sementara dia pergi mengambil telefon iphone6 tersebut.. Setelah dia turun dengan membawa iphone 6 tersebut, dia telah menunjukkan kepada saya resit dimana sy perlu membuat extra payment sebanyak rm3100 bagi network rrp LTE dimana network tersebut pun tidak jelas wujud ataupun tidak.

Saya terkejut dengan bayaran tersebut dan dia telah memberikan saya dua pilihan iaitu membayar telefon tersebut dengan harga biasa rm3100 atau menukar dengan telefon lain, justeru dia tidak membenarkan saya untuk membatalkan pembelian kerana dia kata nama sya telah daftar untuk pakej rrp plan..

Dia pun tanya , berapa saya boleh tambah , saya cakap , saya boleh tambah rm1200 untuk angkat iphone 6 original ini, dan dia pun bersetuju. Saya pun telah membayar lagi rm1200 untuk mengambil iphone 6 tersebut.. Akan tetapi dia telah menukArkan kepada ipone 6 klon.. Saya tiada pilihan lain dek kerana sudah lewat malam.. Saya membawa pulang iphone 6 klon tersebut beserta bayran penuh rm2000.

Setelah dua hari kemudia sy telah kembali ke kedai tersebut, peniaga itu menukarkan iphone 6 klon dengan samsung j5 yang market harga tidak melebihi rm800

..Dengan ini saya rasa sangat tertekan dan tertipu dengan apa yang berlaku kerasa sya telah kesempitan wang pada semesta ini..
Saya harap ada pihak yang dapat membantu saya.. Terima kasih

*Sila share

Laporan polis telah dibuat

iPhone 6 RM799, jadi RM3,100 di Kompleks Kota Raya

iPhone 6 RM799, jadi RM3,100 di Kompleks Kota Raya

Namun hasil bantuan daripada individu bernama Roslan Bin Haji Ismail, mangsa telah berjaya mendapatkan wangnya kembali.

iPhone 6 RM799, jadi RM3,100 di Kompleks Kota Raya

iPhone 6 RM799, jadi RM3,100 di Kompleks Kota Raya

(Baca: Mangsa ‘dikurung’ akibat tak mahu bayar telefon RM800 yang tiba-tiba jadi RM10,000)

No comments:

Powered by Blogger.