Bas Salam Bumimas Express Tawau-KK Jatuh Gaung di Kg Kiau, Ranau (45 Gambar)
Bas Express Tawau-KK Jatuh Gaung di Kg Kiau, Ranau | KOTA BELUD: Sebuah bas ekspres dan sebuah kereta bertembung sebelum terhumban ke dalam gaung di Jalan Kiau-Ranau dekat sini, petang tadi.
"Jabatan Bomba menerima panggilan pada jam 3.47 petang. Sebuah bas ekpres dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu telah bertembung dgn sebuah kereta Proton dlm perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau dan kedua-dua kenderaan ini telah terjatuh kedalam gaung sedalam 200 kaki.
Kesemua penumpang (3 orang = 2 lelaki dan 1 wanita) kereta tersepit dan meninggal dunia ditempat kejadian, mangsa yg meninggal berjaya dikeluarkan dan dibawa naik dr gaung. Pemandu Bas dan penumpang dipercayai seramai 23 orang mengalami pelbagai kecederaan dan telah berjaya dinaikkan dr gaung dan dihantar ke hospital berdekatan iaitu di Hospital Ranau, Kota Belud dan Tuaran.''
Operasi penyelamatan agak sukar kerana melibatkan pengeluaran mangsa yg tersepit dan tercedera yg dinaikkan dr dalam gaung menggunakan kaedah High Angel rescue technique dan kebanyakan menggunakan strecher dan tali, peralatan hydraulic equipment terpaksa digunakan utk memotong kenderaan bagi mengeluarkan mangsa tersepit."
Gambar ketangkasan pegawai bomba selepas menerima maklumat kejadian Bas Salam Bumimas Express Tawau-KK Jatuh Gaung di Kg Kiau, Ranau:
Tahniah kepada pasukan Bomba Sabah yang diketuai sendiri oleh Pengarahnya, Tuan Hj. Nordin. Juga penghargaan kepada agensi lain yang terlibat. Takziah kepada ahli keluarga mangsa yang maut dalam kejadian ini.
Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, pemandu bas ekspres yang membawa 25 penumpang dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan dari arah bertentangan namun tidak sempat menyebabkan berlaku pertembungan. Kedua-dua kenderaan kemudian terbabas lalu terhumban ke dalam gaung sejauh kira-kira 50 meter, tidak jauh dari kawasan Bundu Tuhan.
Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada berlaku kematian dalam kemalangan terbabit serta jumlah mangsa yang mengalami kecederaan kerana operasi menyelamat masih dijalankan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Jimmy Lagon, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.47 petang sebelum menghantar sepasukan anggota termasuk 15 daripada Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) bersama tiga jentera ke lokasi.
Kami juga difahamkan Kemalangan Bas ekpress ini juga melibatan seorang bekas MPP UMS.
Admin dimaklumkan dalam satu kemalangan yang berlaku di Kiau Ranau salah seorang bekas MPP saudara Haryadi Haripai turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Didoakan agar beliau dalam keadaan yang baik.
Maklumat yang baru diterima, sesiapa keluarga yang menaiki Bas Salam Bumimas Express sila semak keluarga, kerana terlibat kemalangan teruk di ranau terjatuh ke gaung dan melibatkan banyak mangsa.
Maklumat insiden kes seperti butiran berikut:
Tarikh = 01/12/2015(Selasa)
Jenis Kes = Bas Ekspress Jatuh Gaung
Alamat Kejadian = Jalan Kiau - Ranau
Masa Panggilan = 15:47:27 (MERS 999)
Jentera Tiba Dilokasi = 16:45:00 (Vigo BBP Ranau)
Ketua Operasi = PBK II Mahmud Jumadi (KBB22)
Maklumat Kejadian = Menurut pemanggil En Hafiz yang juga mangsa di tempat kejadian kes melibatkan bas ekspress Salam BumiEmas dari Tawau ke Kota Kinabalu telah jatuh gaung di alamat Kiau-ranau selepas Bundu Tuhan. maklumat dari syarikat bas terdapat 25 orang penumpang dari Tawau bersama 2 orang pemandu dan 1 orang kondukter bergerak dari Tawau ke Kota Kinabalu. Maklumat terkini belum dipastikan dan operasi masih berjalan.
Kekuatan Pasukan Bomba
Balai Bertindak : BBP Ranau (KB 22 = 1 orang, KB 17 = 8 orang)
Jentera EMRS = BBP Lintas (KB 17 = 2 orang)
BBP Tuaran (KB17 = 5 orang)
BBP Kota Belud (KB 17 = 5 orang)
STORM = 15 orang diketuai oleh PgKBII Ismail Ghani
No comments: