Bapa terkejut teman lelaki bekas isterinya buat oral seks depan anak perempuannya
Teman lelaki bekas isterinya oral seks depan anak, bapa lapor polis | Mengesyaki sesuatu apabila bekas isterinya berbohong mengenai di mana anak-anak perempuannya berada, seorang bapa yang masuk ke dalam bilik terkejut melihat seorang lelaki sedang melakukan seks oral ke atas salah seorang daripada anak gadisnya.
Lelaki itu dilaporkan pergi untuk melawat anak-anaknya yang berumur 11 dan 12, di rumah bekas isterinya di Taman Desa Serdang, Seri Kembangan, pada kira-kira 10.30 pagi pada 26 November lalu.
Walau bagaimanapun, bekas isterinya, berumur 45, enggan membenarkannya masuk ke dalam rumah dan memberitahunya bahawa anak-anak mereka tiada memetik The Star.
Bapa lihat sendiri anak gadisnya dicabul teman lelaki bekas isteri |
Menyedari sesuatu yang tidak kena, lelaki itu yang bekerja sebagai pembantu kedai, segera meluru masuk ke dalam rumah untuk mencari anak-anak perempuannya.
Apabila dia membuka pintu bilik tidur, lelaki itu mendapati anaknya berusia 12 tahun dalam keadaan seluar dilondehkan, manakala suspek yang berusia 27 tahun sedang melakukan seks oral.
Suspek terkejut sebelum melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard kata bapa mangsa kemudian segera membuat laporan polis.
“Kami telah menyoal siasat gadis-gadis itu dan salah seorang daripada mereka mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama mangsa diperlakukan sedemikian.
“Mangsa mendakwa kali pertama adalah pada 25 Nov,” katanya.
Tambah ACP Willey, bekas isterinya enggan bekerjasama dengan polis dan semasa disoal siasat mendakwa dia tidak mempercayai segala dakwaan anak-anak perempuannya.
Gadis-gadis itu kemudian telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.
“Kami telah diberitahu bahawa semuanya baik-baik saja – tiada koyakan,” kata ACP Willey, sambil menambah bahawa pihak berkuasa sedang mengesan suspek.
Siasatan mendapati bahawa ibu bapa mangsa itu telah bercerai sejak 8 tahun lepas manakala suspek telah tinggal bersama dengan wanita itu sejak 4 tahun yang lalu.
No comments: