Header Ads

Apa tindakan anda sekiranya mengalami situasi ini?

Apa yang akan anda lakukan jika menemui lelaki lahanat ini? | SEPANG – TINDAKAN seorang pengguna tren laju Express Rail Link (ERL) yang meletakkan kakinya di kerusi mengundang kritikan netizen di media sosial.

Menurut Man Ahmad, individu yang memuat naik gambar, dia menjalaskan lelaki terbabit enggan menurunkan kakinya meskipun telah ditegur oleh seorang pramugara yang kebetulan menaiki pergangkutan tersebut memetik Viralyat.

Apa tindakan anda sekiranya mengalami situasi ini?
“Menyirap je aku tengok mamat ni” – Selamba letak kaki atas kerusi dalam ERL

“Dalam ERL just now. Seorang Steward duduk belakang aku tegur mamat ini sebab letak kaki atas kerusi. Dia boleh jawab ‘Mind your own business, you can’t do nothing’(Jangan sibuk hal orang, anda tidak boleh membuat apa-apa).
“Menyirap je aku dengar. Aku pusing, snap gambar dia. Dia boleh pula buat bodoh saja. Nasib baik mood aku tengah baik,” tulisnya di pautan gambar.

Netizen mengkritik kebiadaban lelaki itu yang dianggap hanya mementingkan keselesaan sendiri sedangkan tempat duduk itu adalah untuk diduduk oleh penumpang, bukannya untuk meletakkan kaki dengan kasut yang entah bersih atau kotor.

“Kalau saya ada pada masa itu, saya akan duduk di kerusi yang menjadi tempat dia letakkan kaki itu. Nak tengok apa yang dia cakap. Nak bertumbuk pun bertumbuklah. Mesti ramai yang sokong saya,” kata Hamzi Tam.
“Kalau macam ni punya perangai, tak kira Melayu, Cina atau India memang makanannya kaki kat muka,” kata Qhairul Jeffery.

No comments:

Powered by Blogger.