Header Ads

Anzalna Nasir dan Hanif Zaki bakal bernikah

Pengumuman Anzalna Nasir yang bakal bernikah dengan Hanif Zaki | Pelakon Anzalna Nasir, 27, bakal mengumumkan tarikh pernikahan dengan kekasihnya, Hanif Zaki dalam satu sidang media khas yang diatur oleh stesen TV3 pada Ahad ini.

“Terlebih dahulu saya minta maaf kerana tak dapat berkongsi lebih lanjut tarikh dan majlis perkahwinan saya.

“Insya-Allah, pada hari berkenaan saya akan dedahkan semua dan menjawab segala persoalan daripada rakan media,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Anzalna Nasir dan Hanif Zaki bakal bernikah

Pelakon drama Aku Isterinya ini juga belum dapat mengesahkan sama ada stesen TV berkenaan bakal menjadi penyiar eksklusif majlis perkahwinannya kerana masih dalam proses perbincangan.

Berkongsi mengenai persiapan majlis perkahwinannya, Anzalna berkata 90 peratus dibuat ahli keluarganya.

“Memandangkan sepanjang tahun ini saya sibuk dengan penggambaran drama telenovela Memori Cinta Suraya, saya tak ada masa nak buat persiapan.

“Jadi saya serahkan bulat-bulat kepada keluarga dan pihak Hanif. Saya memberikan idea dan selebihnya mereka uruskan,” katanya.

Menurut Anzalna Nasir, dia juga masih berbincang dengan keluarga Hanif sama ada mahu bertunang sebelum nikah.

Pasangan yang sudah menjalin hubungan selama empat tahun ini mengikuti kursus perkahwinan pada Oktober lalu.

No comments:

Powered by Blogger.