Header Ads

Anak curi Note 4 dengan perisian bernilai RM100,000, Bapa Lapor Polis

Ayah minta bantuan polis tangkap anak curi handphone Note 4 yang mengandungi perisian RM100,000 | Seorang bapa meminta bantuan polis untuk menahan anaknya setelah anaknya itu mencuri telefon bimbit miliknya yang mengandungi perisian bernilai lebih RM100,000 pada Ahad lalu.

Difahamkan telefon yang dicuri adalah telefon pintar jenis Samsung Note 4.

Dalam kejadian pada jam 11 malam itu, mangsa, 46, yang bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi menyedari telefon bimbitnya hilang selepas pulang ke rumahnya di Setiawangsa di sini.

Anak curi Note 4 dengan perisian bernilai RM100,000, Bapa Lapor Polis
Jenis telefon yang dicuri.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, mangsa pada mulanya mengesyaki rumahnya dipecah masuk sebelum menghubungi pihak polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pecah masuk sebelum mangsa meminta polis menahan anak ketiganya yang berusia 14 tahun kerana disyaki mencuri telefon bimbit jenis Samsung Note 4.

Selain itu, beliau juga turut berkata telefon bimbit berkenaan telah pun dijual oleh suspek dengan harga RM400.

“Pada Isnin lalu, suspek ditahan di Wangsa Walk pada 12 tengah hari. Hasil siasatan awal mendapati, suspek sudah menjual telefon bimbit berkenaan dengan harga RM400.

“Susulan itu, polis turut menangkap dua lagi rakan suspek yang berusia 20 dan 27 tahun untuk membantu siasatan,” katanya memetik laporan myMetro.

Telefon berkenaan masih lagi belum ditemui dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

No comments:

Powered by Blogger.