Header Ads

5 Cara mudah untuk mengatasi Monday Blues

5 cara terbaik mengatasi rasa malas di hari Isnin | Habis je cuti setiap hujung minggu, mula la datang rasa malas yang amat sangat untuk menempuh hari Isnin.

Siapa la yang sukakan hari Isnin? Memang tak cukup cuti dua hari. Setiap hari Isnin je mesti rasa tak semangat dan malas.

Jangan malas! Cuba 5 cara mudah ini supaya anda lebih bersemangat untuk memulakan minggu yang baru.

5 Cara mudah untuk mengatasi Monday Blues

1. Bangun je terus mandi air sejuk

Bermalas atas katil selepas bangun tidur buatkan anda rasa mengantuk dan lagi malas. Lepas ni, bangun je terus mandi supaya anda rasa lebih segar dan bersedia. Lebih elok kalau mandi air sejuk. Brrrr…

2. Jangan lupa sarapan

Sarapan pagi sangat penting. Ia mampu memberikan anda tenaga dan minda anda lebih bersedia. Mengabaikan sarapan pagi, membuatkan tubuh anda lemah dan mengantuk.

3. Minum teh atau kopi

Minum kafein di waktu pagi membuatkan anda lebih fokus dalam pekerjaan. Kafein juga membuatkan anda rasa segar dan kekal aktif. Tapi, jangan sampai berlebihan.

4. Pakai pakaian yang menarik

Tahukah anda memakai pakaian yang menarik dapat meningkatkan keyakinan diri? Bukan itu je, ia membuatkan anda lebih bersemangat. Jadi, pilih pakaian yang menarik untuk anda gayakan.

5. Dengar lagu-lagu yang beri semangat

Mendengar lagu-lagu yang bersemangat dan anda sukai dapat membakar semangat untuk bekerja sepanjang hari. Tak ada la monyok je muka tu setiap hari Isnin.

No comments:

Powered by Blogger.