10 jenama terkenal yang lahir Malaysia
Tak sangka 10 jenama terkenal ini adalah dari Malaysia | Ada orang kalau beli barang dia tahu asal usul barang tu. Ada yang main beli je tak kisah pun barang tu dari mana. Jangan ingat semua jenama kat pusat membeli belah tu semuanya dari luar negara.
Banyak je sebenarnya yang made in Malaysia. Cuma kita je tak tahu. Jadi kami nak kongsikan dengan anda jenama yang tak disangka pun sebenarnya dari negara kita sendiri.
#1. Bonia
Eh Bonia dari Malaysia ke bukan Itali? Ye inspirasinya datang daripada Italian tetapi jenama ini asal usulnya dari Malaysia. Bonia Coporation Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1971 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan SS Chiang. Pada tahun 1977 beliau melawat Pameran Perdagangan di Bologna, Itali di mana beliau telah diilhamkan oleh karya seni pengukir abad ke-16, Giambologna.
#2. San Francisco Coffee
Percaya tak San Francisco Coffee ni sebenarnya dari Malaysia. Nama je San Francisco sebabnya dulu ada seorang lelaki warga Amerika tinggal kat San Francisco dan disebabkan terlalu suka dia buat keputusan buka Kafe di Malaysia pada tahun 1997 dan menamakannya San Francisco Coffee.
#3. Ogawa
Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian rakyat Malaysia yang membina jenama Ogawa ini pada tahun 1996 sehingga ke hari ini. Kita sebagai rakyat Malaysia kena ucapkan terima kasih kepada mereka kerana dengan adanya mereka adalah kerusi urut yang selesa. Hehe
#4. Fipper
Fipper antara jenama selipar yang paling selesa sekali. Rasa macam jenama ni setaraf dengan Roxy, iPanema dan sebagainya. Tapi paling bangga jenama ni dari Malaysia. Jack Lim mengasaskan jenama ni pada tahun 2008 dengan harga selipar daripada RM13 ke RM23 sepasang dan diperbuat daripada getah Thai dengan logo gajah kecil.
#5. British India
Sudah mempunyai lebih daripada 40 outlets dia seluruh Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina. Diasaskan oleh Pat Liew sahabat baik arwah Yasmin Ahmad yang sudah mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun.
#6. Padini
Rasanya Padini antara jenama kegemaran rakyat Malaysia memandangkan harganya yang berpatutan dan banyak pilihan. Di bawah Padini Holdings Bhd terdapat juga jenama lain seperti Seed, P&Co, PDI, Miki, Vincci dan Brands Outlet.
#7. Vochelle
Chocolate old-skool Vochelle bukanlah dari Switzerland walaupun diedarkan oleh Maestro Swiss Group. Mereka dengan bangganya meletakkan asal usul mereka di bawah ‘Company Values’.
#8. The Manhattan Fish Market
Ni lagi satu jenama yang namanya diambil dari luar negara tetapi asal usulnya dari Malaysia. Berapa ramai yang sangka jenama ini dari Manhattan? Di asaskan oleh George Ang dan Dr Jeffrey Goh sahabat baik yang sangat bangga dengan identiti rakyat Malaysia mereka.
#9. Lewré
Ramai yang tahu Jimmy Choo seorang rakyat Malaysia. Tapi tahu tak yang jenama Lewré juga dari Malaysia? Diasaskan oleh Datuk Lewré Lew pada tahun 1997 yang juga anak murid Jimmy Choo. Kini rekaannya ada di seluruh dunia.
#10. Gardenia
Gardenia.. sungguh enak dimakan begitu saja. Jenama roti kebanggaan rakyat Malaysia. Gardenia Food Industries diasaskan di Kota Kinabalu Sabah. Resipi Uncle Slocumm memang tinggi kualiti kerana sehingga hari ini itulah roti yang akan kita pilih.
No comments: