Tumbangnya juara Asia, kisah ‘mistik’ di Selayang
Warna-warni Piala Malaysia: Tumbangnya juara Asia, kisah ‘mistik’ di Selayang | Empat pasukan terbaik dalam saingan Piala Malaysia tahun ini telah diketahui.
Pahang, Felda United, Kedah dan Selangor menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan yang berlangsung semalam.
Sorry lambat keluar meme.
PIALA MALAYSIA: FELDA MENGAIT PENAKLUK ASIA, JDT UNTUK LAYAK KE SEPARUH AKHIR. pic.twitter.com/VLqtMPc2SX
— Bicara Bola Malaysia (@BicaraBolaMsia) November 28, 2015
Sometimes in life not everything that we aim and wants we can have it try ur luck harder next time
#PialaMalaysia
— SiPencariBahagia:-P (@841128idayu) November 28, 2015
@LM2015_ bukan ke piala Malaysia ni piala murahan?
— Bob Shamil (@cangkulemas) November 28, 2015
JDT fans be like... pic.twitter.com/jzHQBK2d54
— Jemah Kerinting (@jemah_co) November 28, 2015
Fans JDT right now pic.twitter.com/lYbk8zmvaF
— #rempitlogic (@rempitlogic) November 28, 2015
Felda United, the first team to beat JDT in Larkin.
— DR (@DaniAbdulRahim) November 28, 2015
Hard luck JDT.. loosing in their home ground.. Sad, but that is football.. Xde rezki.. Tutup buku musim 2015, moga 2016 lebih menyinar..
— Nurul Fatiha RTM (@NurulFatiha08) November 28, 2015
Namun di sebaik kemeriahannya, ada beberapa cerita yang mendapat perhatian di media sosial. Paling mencuri tumpuan adalah tumbangnya juara Asia, JDT kepada Felda United.
JDT tewas 1-2 di gelanggang keramat mereka, Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Larkin pada malam Sabtu dan menyaksikan Felda United muncul pasukan pertama merobek rekod kebal tanpa kalah JDT di kubu kuat mereka itu.
Sindir-menyindir perkara biasa di kalangan peminat bola sepak, namun ramai juga yang realistik bahawa inilah bola sepak. Apa sahaja boleh berlaku dalam masa 90 minit di atas padang.
Di Stadium MP Selayang, ada kisah yang disifatkan peminat bola sepak sebagai ‘mistik’. Perlawanan antara Kedah dan tuan rumah, PKNS FC, panas gara-gara gol ‘ala silap mata’ yang dijaringkan PKNS.
Di saat pemain pasukan Kedah masih sibuk merayakan gol kedua, tiba-tiba sahaja PKNS membuat serangan dan berjaya menjaringkan gol, sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemain dan peminat.
Mengikut undang-undang bola sepak, sepak mula selepas gol dijaringkan boleh dilakukan apabila semua pemain sudah memasuki kawasan masing-masing.
Namun yang menjadi isu peyokong adalah kedudukan pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar yang masih berada dalam kawasan PKNS.
Penyokong Kedah khususnya, dan peminat bola sepak secara amnya, melihat gol yang dijaringkan PKNS sebagai bukti ketidakcekapan pengadil dalam membuat keputusan. Justeru, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali berdepan kritikan atas mutu pengadilan yang disifatkan sangat buruk.
Separuh akhir pertama bakal berlangsung Rabu ini, manakala separuh akhir kedua bakal berlangsung Ahad depan, sekaligus menentukan dua pasukan yang bakal bertarung dalam final pada 12 Disember kelak memetik Astro Awani.
Kelakar, ref yg adili game pkns vs kedah mlm semalam ni mcm takde tauliah je..ref tak professional dtg dr badan induk tak professional*FAM
— En. Muhaimin (@AbdMuhaimin26) November 29, 2015
Samsudin ibrahim the referee between pkns vs kedah u better go for a class of referee-ing more n more #TMPialaMalaysia2015
— ARIF (@ArifAsruddin) November 28, 2015
Kedah vs PKNS. Kedah scored, were celebrating while PKNS quickly take the restart n score
— ®Khäíì Shããqïrï© (@TahkaBoy10) November 28, 2015
No comments: