Rosyam Arah Penggambaran Ditangguh Kerana Insiden Ika Nabella Ditumbuk
Isu Ika Nabella ditumbuk Pengarah drama: Rosyam Noor arah penggambaran ditangguh | Insiden pukul yang kononnya melibatkan seorang pengarah terhadap pelakon Ika Nabella telah menyebabkan penggambaran drama berkenaan iaitu Dawai Asmara terbitan Suhan Movies terpaksa ditangguhkan.
Penerbitnya, Datuk Rosyam Nor berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis melakukan siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh Ika Nabella terhadap pengarah drama itu, Azma Aizal Yusoof.
“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen tentang isu ini kerana ia masih lagi dalam sisasatan polis, cuma buat masa ini penggambaran drama tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga semuanya selesai,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Rosyam diminta mengulas tentang isu pergaduhan yang melibatkan pengarah dan pelakon drama berjudul Dawai Asmara pada petang Isnin lalu memetik Mstar.
Ika Nabella (tengah) bersama pengarah drama Azma Aizal Yusoof (kiri) dan pelakon Mahmud Ali Basha.
|
Terdahulu, pelakon Ika Nabella, 26, mendakwa dipukul seorang pengarah drama di lokasi penggambaran di Hulu Klang, dekat sini, tengah hari Isnin.
Dalam kejadian itu, Ika mendakwa dia ditumbuk dan dipukul pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki tersebut.
Berikutan kejadian itu, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, dekat sini pada malam hari kejadian.
Azma Aizal Yusoof sebelum ini pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan di slot Akasia , TV3.
Sementara itu, Rosyam menambah, dia juga terkejut apabila dimaklumkan tentang kejadian itu.
Dia sudah pun bertemu dengan pengarah berkenaan selain membantu siasatan pihak polis.
“Saya dapat tahu perkara ini malam tadi dan tadi baru selesai saya bertemu sendiri dengan pengarah tersebut dan pihak polis untuk siasatan,” ujarnya.
Tambah Rosyam, drama yang turut dibintangi oleh Sherry Merlis dan Mahmud Ali Basha itu bakal disiarkan pada Januari tahun hadapan untuk TV3.
Sementara itu, Ika ketika dihubungi berkata, dia masih lagi dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang terjadi.
Bagaimanapun dia enggan mengulas mengenai kejadian itu atas arahan pihak berkuasa dan keluarga selain atas faktor keselamatan.
“Saya masih dalam keadaan trauma dan terkejut dengan apa yang terjadi. Saya sudah membuat laporan polis malam tadi (Isnin) dan saya serahkan semuanya kepada pihak polis.
“Buat masa ini pihak polis dan keluarga minta supaya saya tidak memberi sebarang komen atas faktor keselamatan diri saya. Saya doakan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak,” ujarnya.
(Baca: Ika Nabella Kena Belasah Teruk Pengarah Drama)
(Baca: Ika Nabella Kena Belasah Teruk Pengarah Drama)
No comments: