Header Ads

Pesanan Buat Cikgu Rasis di Sabah

Cikgu Miss Zaidah Rasis, Tidak Hiraukan Perasaan Kaum Lain | Seorang cikgu yang benama Miss Zaidah atau Mec Cimurn mengguris hati kaum etnik Bugis di Sabah dengan kenyataannya, 'kenapa bangsa asing yang dapat kerja di jabatan itu?'.

Berikut merupakan luahan Miss Zaidah yang kononnya terguris apabila mendapat tahu 'bangsa asing' yang mendapat temapt di jabatan yang dimaksudkannya itu:

Pesanan Buat Cikgu Rasis di Sabah

Persoalannya, wajarkah seorang guru mengeluarkan kenyataan sedemikian? Adakah Sabah itu hak mutlak kaumnya sendiri?

Terbaharu, seorang lelaki yang bernama Jeff Ali Tating telah membidas kenyataan tersebut dengan panjang lebar dan bakal membuka mata anda semua.

MEC CIMURN AKA MISS ZAIDAH, GURU AGAMA YANG RASIS, BERFIKIRAN SEMPIT DAN TIDAK KOMPETEN!

Mec Cimurn atau dikenali sebagai Miss Zaidah adalah seorang guru di Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah - IPDAS, Keningau. Dalam status di akaun Facebooknya, dia sengaja menimbulkan isu perkauman dengan mengaitkan peluang pekerjaan sebagai penjawat awam bagi penduduk tempatan telah dinafikan apabila telah diisi oleh bangsa asing. 

Saya tidak mengenali wanita ini, namun saya menganggap dia adalah seorang bumiputera yang rasis, tidak kompeten, dan mempunyai fikiran yang sempit. Apabila menuduh dengan spesifik bangsa asing itu ialah bangsa bugis, maka saya merasakan dia mempunyai sifat perkauman yang menebal. Ramai rakan-rakan saya daripada kaum Bugis berkongsi artikel ini… ada yang marah, ada juga yang merasa kasihan. Namun, saya rasa saya perlu respon kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Miss Zaidah ini kerana ia langsung tidak mewakili kami secara keseluruhannya.

Ya, walaupun saya seorang bumiputera, saya tetap mengakui kemajuan dan sumbangan komuniti Bugis warganegara kepada negeri dan negara kita. Apabila telah menjadi warganegara, sudah tentu individu itu mempunyai peluang dalam apa juga bidang jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan. Menafikan hak kaum Bugis di Sabah bekerja sebagai penjawat awam samalah seperti menafikan hak penjawat awam daripada kaum Cina dan India yang telah menjadi warganegara.

Mempunyai rakan yang dikatakan berbangsa asing oleh Miss Zaidah, saya melihat mereka lebih menyumbangkan tenaga mereka untuk kemajuan negeri Sabah. Begitu juga kaum-kaum lain yang saya katakan di atas. Mereka tidaklah ramai dalam kerajaan kerana kuota yang sedikit buat kaum mereka. Disebabkan itu jugalah mereka tidak terlampau mengharapkan bantuan kerajaan. Maka ramai anak-anak kaum mereka lebih berjaya dalam bidang-bidang lain seperti perniagaan dan bekerja dalam sektor swasta. Justeru sumbangan mereka lebih besar dari aspek pembangunan ekonomi negeri kita. 

Dalam sektor awam, Bangsa Asing yang Miss Zaidah katakan itu boleh dikira berapa kerat sahaja yang menjawat jawatan penting di Sabah berbanding dengan kaum kita. Saya lihat mereka telah dipilih berdasarkan kelayakan dan merit mereka, bukan atas faktor kuota semata-mata. Maka, saya kira kita sebagai kaum bumiputera harus bersyukur kerana kerajaan masih mendokong hak-hak kita. 

Kaum Bugis di Sabah tidak sama seperti Bugis yang berada di Semenanjung kerana di negeri ini mereka tidak diiktiraf sebagai bumiputera walaupun ada NGO mereka cuba memperjuangkan isu ini. Saya paham perjuangan mereka kerana menurut sejarah, kaum Bugis sudah wujud di pantai timur Sabah sejak tahun 1880 lagi, sebelum negeri ini dan negara ini terbentuk pun. Bermaksud sejarah mereka adalah sama seperti penghijrahan mereka ke tanah Melayu sehingga menjadi keturunan bangsawan dan raja-raja di negeri-negeri semenanjung. Saya pun tidak tahu di mana silapnya… mungkin berkait rapat dengan isu kehadiran PATI Bugis secara beramai-ramai selepas Sabah menyertai Pembentukan Malaysia disamping keadaan politik serta sentimen kaum bumiputera yang ada pada masa lalu. 

Saya beranggapan Miss Zaidah tidak pernah keluar jauh dari daerah yang dia tinggal sekarang. Mungkin Pihak JAKIM wajar menempatkan Miss Zaidah ke Pantai Timur Sabah seperti di Pusat Latihan Islam Lahad Datu agar mata beliau terbuka sedikit mengenai komuniti "bangsa asing" ini di Sabah. Saya juga menyeru anak-anak muda kaum saya yang lain agar tidak takut bergaul dan berhijrah keluar agar kita tidak menjadi seperti “katak dibawah tempurung”.

Saya harap tulisan ini dapat menjernihkan isu perkauman yang ditimbulkan oleh wanita ini. Saya kira pandangan Miss Zaidah ini hanyalah dari akal dan fikirannya yang sempit. Adalah amat malang sekali JAKIM menggaji kakitangan yang mempunyai sifat perkauman yang menebal. Lebih-lebih lagi sebagai seorang guru di pusat agama, Miss Zaidah seperti menafikan rezeki manusia adalah ditangan Tuhan. 

Kalaupun mahu memberi kesedaran kepada kaum bumiputera, bagi saya cara ini adalah cara seorang pembuli dan tidak kompeten. Sebagai seorang guru, Miss Zaidah seharusnya tahu bahawa pendidikan adalah salah satu kunci kejayaan buat generasi kita pada masa hadapan.

Kepada rakan-rakan saya daripada kaum yang dituduh sebagai “bangsa asing”. Saya tahu kamu adalah rakyat Malaysia yang dilahirkan di Sabah. Kamu adalah generasi yang sanggup berkorban kepada Sabah dan Malaysia kerana negeri dan negara inilah tanah tumpah darah kita semua.

No comments:

Powered by Blogger.