Header Ads

Padah buat peragut akibat tindakan pantas wanita ini

Tindakan wanita ini akhirnya buat peragut terima balasan | Tindakan pantas seorang wanita menghalang sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki yang baru meragut wanita lain dengan menggunakan keretanya, berjaya menahan suspek berkenaan di Lebuh Chulia, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, peragut berusia 39 tahun berkenaan telah meragut seorang wanita berusia 58 tahun yang berada di tepi jalan. “Semasa kejadian, wanita berkenaan sedang menunggu rakannya dan tiba-tiba datang sebuah motosikal ditunggang suspek, bertindak menarik beg tangan mangsa yang disangkut pada bahu kanannya  memetik Bernama.

Padah buat peragut akibat tindakan pantas wanita ini

“Ekoran kejadian itu, mangsa terjatuh dan mukanya terkena jalan sehingga menyebabkan kecederaan, dalam masa sama seorang pemandu kereta yang terlihat kejadian itu bertindak menghalang motosikal suspek,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata, motosikal yang ditunggang lelaki itu terbabas sebelum dia terjatuh dan ditahan oleh orang ramai sebelum menyerahkannya kepada polis.

Mior Faridalatrash berkata, mangsa wanita yang cedera dan luka di tangan dan di lutut kanan serta patah gigi depan itu mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Pulau Pinang. Katanya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.

“Polis percaya peragut itu aktif menjalankan kegiatan samun dan ragut di sekitar daerah ini,” katanya menambah lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan cedera. “Polis amat menghargai peranan dan keberanian yang ditunjukkan masyarakat dalam sama-sama membanteras kes jenayah…penjenayah akan sedar tindakan mereka bukan sahaja dipantau polis tetapi juga masyarakat awam,” katanya.

No comments:

Powered by Blogger.