Header Ads

Nasib Malang Sukarelawan polis maut disepit lori

Sukarelawan polis maut kereta tersepit di bawah lori | Seorang anggota pasukan sukarelawan polis (PVR) maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa, Konstabel Muhammad Rizal Ramly, 37, maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi memetik Berita Harian.

Nasib Malang Sukarelawan polis maut disepit lori
KEADAAN kereta konstabel polis sukarelawan, Muhammad Rizal Ramly yang tersepit di bawah lori tangki di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, Kuantan, pagi tadi. Mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bertugas di Balai Polis Beserah sejak malam tadi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

No comments:

Powered by Blogger.