Header Ads

Menara Zifeng didapati bersalah menghalang cahaya matahari kepada penduduk

Pemaju menara Zifeng didapati bersalah ‘mencuri’ cahaya matahari penduduk | Pemaju sebuah menara tertinggi di bandar ini didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini kerana mencuri cahaya matahari penduduk.

Pemaju Menara Zifeng setinggi 450 meter itu didapati bersalah selepas bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari ke rumah penduduk.

Menara Zifeng didapati bersalah menghalang cahaya matahari kepada penduduk
PEMANDANGAN Menara Zifeng di bandar Nanjing, China

Hakim di sebuah mahkamah di sini, kemudian mengarahkan pemaju yang membina menara berkenaan membayar pampasan kepada penduduk.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Chen menerima pampasan paling tinggi apabila menerima bayaran 100,000 yuan (RM66,092).

Undang-undang di China mewajibkan semua bangunan kediaman di China mendapat cahaya matahari minimum dua jam setiap hari ketika musim sejuk.

Sejak menara 89 tingkat itu siap dibina pada 2010, ramai penduduk berhampiran mengadu bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari. – Agensi

No comments:

Powered by Blogger.