Header Ads

Lin Dan tumpas ditangan Chong Wei

Lee Chong Wei akhirnya tewaskan Lin Dan untuk ke final Terbuka China | DATUK Lee Chong Wei akhirnya berjaya menumpaskan musuh tradisi, Lin Dan (China) pada perlawanan separuh akhir Terbuka China, petang ini.

Bekas pemain nombor satu dunia itu turut mara ke perlawanan akhir apabila menang 17-21, 21-19, 21-19 dalam aksi yang memakan satu jam 31 minit memetik Harian Metro.

Lin Dan tumpas ditangan Chong Wei

Menanti Chong Wei di saingan akhir ialah pilihan pertama kejohanan, Chen Long dari China, yang sebelum itu menumpaskan Son Wan Ho dari Korea Selatan, 21-11, 21-17.

Kali terakhir Chong Wei menjinakkan Lin Dan ialah pada perlawanan akhir Terbuka Korea Selatan, Ogos 2012.

Selepas bertemu dalam 35 perlawanan, hanya 10 kali Chong Wei mengalahkan Lin Dan, termasuk aksi di Terbuka China kali ini.

No comments:

Powered by Blogger.