Header Ads

Lelaki ‘terlanggar’ dan ‘terbelasah’ polis yang sedang buat demonstrasi peragut

Seorang lelaki ‘terlanggar’ dan ‘terbelasah’ 2 polis sedang berlakon aksi peragut dalam satu demonstrasi | Satu demonstrasi mencegah aktiviti ragut pada 12 Nov lalu bertukar tragedi apabila dua orang anggota polis yang melakonkan demonstrasi itu dilanggar dan dipukul oleh seorang lelaki yang tidak menyedari aksi itu hanya sekadar demonstrasi.

Dalam demonstrasi tersebut, Koperal Zulkifli Mohamad, 34, dan L/Koperal Mohd Zaidi Nayan, 26 melakonkan watak meragut beg tangan seorang wanita sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motosikal memetik Siakap Keli.

Lelaki ‘terlanggar’ dan ‘terbelasah’ polis yang sedang buat demonstrasi peragut

Seorang pemandu kereta yang kebetulan terlihat “jenayah” itu kemudian mengejar kedua-dua “peragut” tersebut dan melanggar mereka sehingga terjatuh dari motosikal. Lebih teruk, lelaki itu juga memukul kedua-dua pegawai itu sebagai usaha untuk menghalang mereka dari melarikan diri.

Setelah diberitahu tentang apa sebenarnya yang terjadi, lelaki itu kemudian meminta maaf.

“Saya tidak tahu ia hanya demonstrasi dan saya fikir ia adalah benar. Saya bertindak sebagai satu tanggungjawab”, kata lelaki tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, pemandu itu telah memohon maaf dan dibebaskan.

Kedua-dua anggota polis yang mengalami bengkak pada bahagian kaki dan tangan telah diarahkan untuk berehat.

No comments:

Powered by Blogger.