Header Ads

Lelaki Dedah Betapa Seronoknya Tinggal di Brunei

11 Sebab Kenapa Lelaki Ini Suka Sangat Tinggal di Brunei | Nampaknya seharian kehidupan kita semakin terbeban dengan kenaikan kos sara hidup selepas pelbagai yang ada di Malaysia nampaknya semakin naik.

Tol naik, Harga kereta naik Toyota dan Honda akan naik, tambang LRT naik, tambang bas akan naik, harga makanan yang dijual pun dah naik, harga alat elektronik yang dari luar negara pun turut mengalami kenaikkan yang ketara.

Lelaki Dedah Betapa Seronoknya Tinggal di Brunei
“Seronoknya tinggal di Brunei, semua murah, ada hukum hudud orang tidak berani mencuri” – Ching Foo

Apapun semua ini tidak dapat dielakkan kerana semakin maju dunia, pelbagai kemungkinan perlu kita tempuhi, jadi sesuatu inisiatif perlu dilakukan untuk mengurangkan beban, bak kata menteri, “Kalau nak jimat, tanamlah sayur sendiri, bukan bunga”.

Mereka yang berpendapatan RM3000 sebulan pun terasa dengan semua ini, inikan pula rakyat marhaen yang gajinya RM1000 sebulan, note RM50 dahulu tahun 2000 kita boleh membeli hampir penuh troli, namun note RM50 kini, suku troli pun kadang-kadang dapat.

Jadi, ada atau tidak tempat atau negara yang taraf hidupnya tidak naik mendadak seperti sekarang berlaku di negara kita?

Kami kongsikan satu tulisan di laman Facebook yang dimuatnaik oleh seorang rakyat Malaysia yang mengggunakan nama Ching Foo, beliau berkongsikan pengalamannya ke negara jiran berkenaan.

Berikut adalah tulisannya yang telah di terjemah kepada Bahasa Malaysia dipetik tulisan Siakap Keli.

Saya berada di Brunei untuk perjalanan dan belajar beberapa perkara yang menarik dari tuan rumah. Untuk pengetahuan, anda membayar 0% GST dan cukai!

1. Kos sara hidup yang sangat rendah (minyak murah, elektrik dan lain-lain).

2. Tiada pasaran saham tempatan diniagakan.

3. Boleh bertahan dengan B$1,000 di Brunei. Saya rasa ini macam analogi jika anda kumpul SGD tetapi tinggal di Taiping.

4. Bayaran sewa kediaman yang murah dan harga hartanah yang tidak membebankan rakyatnya.

5. Perbankan antarabangsa seperti HSBC akan keluar dari Brunei tidak lama lagi kerana mereka tidak mampu bersaing dengan bank tempatan yang ditaja oleh sultan yang mana menawarkan kadar faedah yang sangat rendah apabila membuat pinjaman.

6. Bekerja pada jam 10 pagi itu adalah normal. Ya, anda boleh mengatakan produktiviti mereka rendah dan pelahan. Jika prestasi anda lebih sedikit, anak benar-benar boleh mendirikan kehidupan yang baik di sini. (Setahu kami waktu kerja di Brunei hampir sama dengan Malaysia 7-8 pagi dan balik 4-5 petang.)

7. Kubah masjid di sini dibuat menggunakan emas tulen dan saya sendiri sudah melihatnya.

8. Ramai warga Bangladesh dan amat memahami. Maksud saya, kalaulah saya tahu dari dulu lagi, saya akan memilih untuk bekerja di Brunei berbanding di Malaysia.

9. Orang Sarawak yang biasa bekerja di Brunei, tiada masalah untuk mereka jika ingin menghantar anak belajar di UK.

10. Tak perlu kunci kereta. Kalau nak tinggalkan kunci dalam kereta pun tak mengapa kerana tiada orang yang akan mencurinya. Kenapa? Sebab hukum hudud. Jika didapati bersalah mencuri, jari akan dipotong.

11. Jika anda bujang, jangan memandu dengan penumpang di sebelah juga adalah wanita bujang kerana anda boleh dianggap sebagai berkhalwat. Jika ditangkap, anda akan dipaksa untuk berkahwin dengan wanita terbabit. Dengan cara ini, hukuman bagi zina rejam sampai mati hukum hudud juga!

(menurut seorang rakyat Brunei, apa yang disebutkan ini tidaklah sampai ke tahap ini, mungkin Ching Foo salah faham).

No comments:

Powered by Blogger.