Header Ads

Lebuhraya Karak-KL akhirnya dibuka semula

Lebuhraya Karak-KL dibuka semula | Lebuhraya Karak dibuka secara berperingkat kepada pengguna bermula pukul 2 petang Sabtu, kata Kementerian Kerja Raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, lebuh raya berkenaan dibuka secara berperingkat dengan pembukaan satu lorong untuk kenderaan ke Pantai Timur dan Kuala Lumpur.

Katanya, laluan kontra itu bermula dari KM52.4 sehingga KM50 memetik Mstar.

Lebuhraya Karak-KL akhirnya dibuka semula

“Pembukaan sepenuhnya lorong bagi kedua-dua hala dijangka pada Ahad bermula pukul 2 petang,” katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu.

Fadillah berkata, kelewatan pembukaan semula jalan berkenaan itu kerana pihak konsesi perlu membaikpulih permulaan jalan yang rosak kerana kejadian itu.

Katanya, pihak konsesi dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memantau lokasi kejadian setiap masa bagi keselamatan pengguna.

“Pengguna akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan pembukaan laluan ini,” katanya.

No comments:

Powered by Blogger.