Lebuhraya di Rusia yang Mengejutkan Dunia
Anda Pasti Terkejut Melihat Lebuhraya di Rusia Ini | Lebuhraya Amur-Yakutsk merupakan sebuah lebuhraya persekutuan yang terletak di Republik Sakha (Yakutia), Rusia yang menghubungkan Yakutsk dengan bahagian selatan. Walaupun ia merupakan lebuhraya persekutuan, ia hanyalah jalan tanah.
Apabila musim sejuk, ia akan menjadi sebuah jalan raya yang baik dan had laju yang diberikan adalah 70 kilometer sejam. Walaubagaimanapun, pada musim panas dengan kadar penurunan hujan yang kerap, jalan raya ini akan bertukar menjadi sebuah jalan lumpur yang mampu menyekat sebarang pergerakan kenderaan dari yang kecil hingga yang besar.
Dikatakan bahawa jalan ini akan menjadi permukaan yang berlumpur sedalam 1 meter setiap musim panas untuk 2 3 bulan (biasanya bulan Julai dan Ogos). Pada musim luruh pemukaan jalan ini akan membekukan kembali dan menjadi lebih baik.
No comments: