Kekuatan 6 pesawat pejuang TUDM
TUDM pamer kekuatan serangan dengan 6 pesawat pejuang | Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menggunakan enam pesawat pejuang dalam demonstrasi kuasa tembakan udara ke bumi sempena Eksesais PARADISE 2/2015 bagi menguji keupayaan dan kecekapan anggota serta aset TUDM dalam aspek berkenaan.
Demonstrasi udara yang berlangsung selama 20 minit itu memperlihatkan pesawat berkenaan melancarkan senjata tepat ke sasaran dengan menggunakan roket dan bom jenis OFAB, Guided Bomb Units (GBU), Mk82 serta 20mm.
Roket dan bom digugurkan dari udara pada ketinggian 4,000 hingga 5,000 kaki, meletup selepas 15 hingga 20 saat di tempat yang telah disasarkan memetik Bernama.
TUDM guna 6 pesawat pamer keupayaan serangan |
Pesawat pengangkut C130 turut melakukan ‘Low Cost, Low Altitude’ iaitu bantuan logistik atau peralatan yang dihantar secara bungkusan yang disediakan dengan kos yang rendah.
Pasukan Khas Udara pula menyusup dengan bantuan helikopter dan pesawat nuri sebelum bertindak sebagai ‘Ground Forward Air Controllers’ (GFAC) bagi memberikan panduan kepada pesawat pejuang untuk menggugurkan bom dengan bantuan ‘Ground Laser Target Designator’ (GLTD).
Panglima TUDM, Jen Tan Sri Roslan Saad, berkata pesawat berkenaan ialah Su30MKM, F/A-18D, Hawk, EC725, S614A dan C130H.
Beliau berkata, demonstrasi berkenaan adalah sebahagian daripada program Eksesais PARADISE 2/2015 bermula 9 November lalu hingga 22 November ini yang julung kali diadakan di ruang udara Sabah dan adalah gabungan antara latihan peperangan, pengendalian helikopter dan operasi ketika berperang serta eleman Pasukan Khas Udara.
“Latihan ini sangat padat…kita nak tunjukkan apa yang pasukan udara lakukan apabila diperlukan sebagai contoh dalam Op Daulat, bom yang digunakan, jenis senjata dan taktik yang digunakan tepat ke sasaran,” katanya kepada pemberita selepas demonstrasi itu di Lapang sasar Kota Belud Lasarud, di sini hari ini.
Roslan berkata, demontrasi itu juga diadakan bertujuan untuk memperlihatkan keupayaan TUDM dari segi pertahanan serta menangani sebarang kemungkinan yang berlaku khususnya dalam negara selain meningkatkan tahap kecekapan serta kesiapsiagaan TUDM di kawasan Wilayah Udara 2.
Dalam perkembangan lain, Roslan berkata pihaknya sentiasa memantau anggota TUDM supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti keganasan seperti militan IS.
No comments: