Isteri dibunuh, suami kongsi gambar mayatnya di laman sosial
Suami bunuh dan kongsi foto mayat isteri di Facebook | Seorang lelaki yang membunuh isterinya dan bertindak menyebarkan foto mayat mangsa ke laman sosial Facebook didapati bersalah dalam perbicaraan di mahkamah, kelmarin.
Menurut laporan CNN, Derek Medina yang dituduh menembak Jennifer Alonso pada Ogos 2013 dan turut memuatnaik sebuah nota di Facebook berkemungkinan dipenjara seumur hidup. “Saya akan ke penjara atau dihukum mati kerana membunuh isteri saya. Anda akan lihat saya keluar di berita selepas ini,” kata nota tersebut.
Dalam nota yang sama, Derek menuduh isterinya sering menderanya dan meminta saudara-mara dan kawannya supaya faham mengenai keadaan mereka. Pendakwaraya, Katherine Fernandez Rundle mengecam tindakan Derek memuatnaik foto mayat isterinya ke laman sosial. “Tiada keluarga patut lihat saudara mereka dibunuh dan disiarkan di internet bagaikan sebuah trofi, seperti yang terjadi kepada Jennifer,” kata Katherine.
Kata Katherine, kejadian yang menimpa Jennifer menguatkan lagi kesedaran masyarakat untuk menamatkan keganasan rumah tangga. “Selalunya, keganasan domestik kecil-kecil akan merebak dan mendatangkan kecederaan atau kematian. Kita harus tamatkan keganasan rumah tangga,” gesa Katherine lagi. Foto mayat Jennifer berada di Facebook sekurang-kurangnya 5 jam sebelum kakitangan Facebook memadamkan foto berkenaan bersama-sama laman peribadi Derek dan Jennifer.
Dalam kejadian itu, Derek berjumpa dengan keluarganya selepas membunuh Jennifer sebelum menyerah diri kepada polis. Derek kemudian memberikan alamat rumahnya kepada polis yang kemudiannya menemui mayat Jennifer. Anak perempuan Derek yang masih kecil juga ditemui selamat. -AP
No comments: