Sunday, June 15 2025

Header Ads

Facebook mesra pengguna yang putus cinta

Facebook bakal lancar ciri bantu tangani golongan putus cinta | Laman sosial paling popular, Facebook akan melancarkan satu ciri khas untuk mereka yang baharu berpisah dengan pasangan.

Ia diwujudkan bertujuan untuk meredakan tekanan dengan cara mengaktifkan satu opsyen sebaik sahaja status perhubungan ditukar memetik Astro Awani.

Facebook mesra pengguna yang putus cinta
Facebook bakal lancar ciri bantu tangani golongan putus cinta



Opsyen ini membolehkan pengguna menghadkan apa yang dimuat naik oleh bekas pasangan mereka.

Ciri ini dapat mengelakkan pengguna membuat tindakan drastik dengan mengeluarkan bekas pasangan mereka daripada senarai rakan.

Buat masa ini, ciri ini masih dalam peringkat ujian di Amerika Syarikat.

Facebook dalam kenyataannya menjelaskan pihaknya berharap kewujudan ciri ini akan dapat membantu pengguna mennghadapi tekanan putus cinta dengan lebih tenang dan selesa.

Leave a Comment

Powered by Blogger.