Header Ads

Cara Buat Report Barang Hilang/Rosak Pos Laju

Prosedur Laporan Pos Laju Untuk Barang Hilang atau Rosak | Seringkali, ramai peniaga yang mengeluh barangan niaga mereka hilang atau rosak semasa mengunakan servis Pos Laju. Cara nak buat report atau laporan kehilangan sebenarnya mudah.

Mengikut pengalaman saya, barangan yang dipos dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak, memang banyak kehilangan atau kerosakan yang dilaporkan.

Pos Laju tidak pernah mengeluarkan rekod rasmi laporan barangan hilang atau rosak untuk menjaga reputasi mereka. Tidak mustahil untuk kita katakan di sini, barangan hilang/rosak yang tidak dilaporkan lebih banyak dari yang telah dilaporkan.

Cara Buat Report Barang Hilang/Rosak Pos Laju

Kenapa? Kenapa kecurian dan kerosakan barangan pelanggan semakin menjadi-jadi? Sebab kita sendiri. Sebab peniaga atau pelanggan itu sendiri yang malas buat report. Staff hantu di Pos Laju semakin menjadi-jadi tamak haloba mereka.

TOLONG JANGAN AMBIL MUDAH SITUASI INI. ITU HAK KITA. KITA WAJIB TUNTUT DAN LAPORKAN!

Pengalaman barangan hilang sangat menyakitkan hati. Mana tidak, sebagai seorang peniaga, saya sendiri telah mengalami dua kali pengalaman barangan hilang. Tak pasal-pasal saya pula yang kena menanggung kerugian.

Kehilangan barangan kiriman pertama saya adalah pada bulan lepas, pada 6/10/2015. Kerugian pada hari itu dianggarkan bernilai RM200. Tapi saya bodoh sebab tak buat laporan. Tolong jangan jadi bodoh macam saya.


Kehilangan kedua pula saya rekodkan semalam, pada 12/11/2015. Kerugian kali ini mencecah RM500. Ni yang buat saya sakit hati dan terus buat laporan. Tak kisah banyak atau sikit kerugian, tolong buat laporan agar orang atasan Pos Laju tahu ada yang tak kena dengan staff mereka.


Di mana dan bagaimana kehilangan berlaku menjadi persoalan. Ada yang cakap berlaku di IPC semasa transit, ada juga yang cakap berlaku di Pejabat Pos Laju. Itu aku tak tahu. Yang aku tahu, Pos Laju bertanggungjawab. Jadi, jangan salahkan pelanggan kalau tuduh yang bukan-bukan.

Kehilangan barangan ini membuatkan pelanggan saya sudah tidak yakin dengan saya. Terima Kasih Pos Laju!

Baik, dipendekkan cerita, cara membuat laporan kehilangan atau kerosakan kiriman Pos Laju sebenarnya sangat mudah. Kita sahaja yang bodoh dan pemalas ambil ringan isu ini.

Saya nyatakan di sini, ada 3 langkah sahaja untuk membuat laporan. Ya, 3 langkah.

Untuk info, lebih afdal si pengirim yang menuntut berbanding si penerima. Sebab, kalau si penerima yang nak tuntut, dia memerlukan salinan IC si pengirim.

Langkah pertama:

Ambil borang laporan kehilangan/kerosakan di Pejabat Pos Laju. Tanya apa dokumen yang perlu disertakan.

Gambar depan dan belakang borang laporan kehilangan atau kerosakan Pos Laju.

Langkah kedua:

Ini langkah persediaan. Anda perlu sertakan:

  • Fotostat IC (Pengirim)
  • Gambar kiriman yang rosak (print gambar berwarna lagi baik)
  • Slip kiriman pengirim dan penerima  (print gambar berwarna lagi baik)
  • Bank Statement antara pengirim dan penerima (Untuk tunjuk transaksi perniagaan)
  • Borang yang sudah diisi lengkap

Sebaiknya, anda sediakan semua dokumen lengkap sebelum mengambil borang laporan dan anda boleh terus lengkapkan dan hantar borang ke kaunter.

Anda diwajibkan menyimpan segala slip transaksi antara pengirim dan penerima. Simpan sahaja. Selagi barangan belum sampai dengan selamat, jangan buang. Itu bahan bukti.

Contoh gambar kerosakan yang teruk pada kotak kiriman. Alasan staff Pos Laju, kotak kena hujan. Kena hujan 1 hal, hilang dah jadi lagi 1 hal. Logik? Ingat kita budak-budak dia nak kencing. (Wajib sertakan sekali)

Contoh rekod slip kiriman antara pengirim dan penerima yang saya print pada kertas A4. (Wajib sertakan sekali)

Contoh transaksi bank antara pengirim dan penerima. Anda boleh juga pergi ATM atau ke kaunter untuk meminta slip transaksi. (Sertakan jika ada)

Butiran kehilangan atau kerosakan wajib anda tulis dalam kotak ini.

Amaun ni jadi isu. Disebabkan banyak kes Pos Laju bayar setengah, ada yang berpendapat patut letak amaun dua kali ganda nilai kerugian. Ada juga yang berpendapat masukkan sekali kos printing dokumen dan sebagainya. Tapi, saya hanya masukkan nilai sebenar kerugian yang saya alami.

Langkah ketiga:

Hantar borang dan tawakal. Setiap laporan adalah atas budi bicara HQ Pos Laju. Jika tuntutan berjaya, Pos Laju akan membayar penuh/setengah dari amaun yang dituntut terus masuk ke akaun yang anda nyatakan pada borang tersebut.

Kalau tak berjaya, memang Pos Laju je ke courier kat Malaysia ni? Lu fukir la sendiri. Cukup la dua kali. Tak nak dah kali ketiga.

Semua dokumen dah siap. Tinggal hantar.

Prosedur Laporan Pos Laju Untuk Barang Hilang atau Rosak
Akhir sekali, kaunter Pos Laju akan bagi slip ini dan akan hantar laporan atau tuntutan anda ke HQ.

Anda digalakkan buat laporan polis dan jabatan yang berkenaan mengenai isu ini. Sekiranya isu ini diambil mudah, pasti semakin teruk berleluasa jadinya.

Cara Buat Report Barang Hilang/Rosak Pos Laju
Contoh Laporan Polis yang saya telah buat dalam kes saya kali ini.

Untuk info, laporan Polis sebaiknya dibuat oleh penerima kerana barangan tersebut hilang/rosak semasa diterima. Sekiranya pengirim ingin membuat laporan, tiada masalah.

Seperti biasa, untuk laporan polis, seeloknya sertakan dokumen seperti yang kita nayatakan di atas (Rujuk Langkah 2) termasuk nama, nombor telefon dan IC penerima. Anda digalakkan untuk menyertakan sekali Laporan Polis dengan Laporan Tuntutan gantirugi anda.

Sebagai info tambahan, sekiranya masih mahu melanggan servis Pos Laju, anda boleh membeli perlindungan/insuran untuk keselamatan barangan anda.

Nasihat aku untuk staff Pos Laju yang lahanat penyamun tu, cukup-cukuplah curi barang orang. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Ada yang jatuh terus mati tau.

Anda juga digalakkan untuk berkongsi pengalaman anda tentang bagaimana barangan hilang atau rosak semasa melanggan servis Pos Laju.

[KEMASIKINI]

Report yang dibuat pada 13/11/2015 akhirnya telah mendapat maklum balas yang sungguh mendukacitakan pada 5/5/2016.

Cara Buat Report Barang Hilang/Rosak Pos Laju

No comments:

Powered by Blogger.